Tuesday, November 27, 2012

DILEMA TALAM 2 MUKA RAKYAT JOHOR MESTI DIBERSIHKAN PAKATAN RAKYAT


DILEMA TALAM 2 MUKA RAKYAT JOHOR MESTI DIBERSIHKAN PAKATAN RAKYAT

Ketika balik kampong minggu lepas (23/11/2012), Tun Sheikh berkesempatan mengikut satu kumpulan pengkaji perkembangan politik oleh sebuah NGO di Muar dan Batu Pahat. Daripada statik yang dibekalkan iaitu statik bancian kependudukan dari Jabatan Perangkaan Negeri  Johor (2010), penduduk atau rakyat Johor terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu 48%, Cina 40%, India 8% dan lain-lain bangsa 4%. Dari keseluruhan penduduk bangsa Melayu Johor itu, suku Jawa merupakan suku terbanyak iaitu 50%, Melayu Johor 30%, Bugis 12% dan lain-lain suku Melayu seperti Banjar, Orang Seletar dsb 8%.

Sebut suku Jawa Johor, sebenarnya merekalah tunjang kekukuhan politik UMNO Johor. Mereka sangat setia kepada kerajaan kerana faktor sejarah kedatangan mereka. Mereka telah diberi  bantuan dan kebebasan membuka kebun dan kedatangan mereka untuk mencari pencarian hidup di Negeri Johor adalah digalakkan kerajaan ketika itu. Mereka adalah pekerja atau pendatang yang sangat rajin dan telah menjayakan pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan Johor terutamanya dalam bidang pertanian. Apabila persatuan Melayu diseru agar bersatu oleh Dato’ Onn pada tahun 1946, dan mereka telah diminta bersatupadu sebagai rakyat Johor berbangsa Melayu dari suku Jawa,  mereka segera menyaut seruan dan sama-sama memainkan peranan. 

Keadaan sosial sebelum Zaman Jepun dan Merdeka dimana orang Jawa dianggap sebagai suku bertaraf  kelas ketiga atau bawahan selepas Melayu Bugis dan Melayu Johor,  malah kerap dianggap sebagai orang asing kerana datang dari pulau Jawa, telah mempengaruhi pola hidup kemasyarakatan mereka. Mereka tidak banyak bergaul dengan orang Melayu atau bangsa Melayu dari suku lain kecuali dengan sesama sendiri. Hanya ketua mereka yang berhubungan dengan ketua-ketua orang Melayu yang terdiri daripada penghulu dan orang-orang kaya yang bertindak sebagai wakil raja memerintah di sesuatu kawasan yang di tauliah oleh sultan kepada mereka.

Ramai yang ingin mengeluarkan diri dari kepompong persepsi Melayu. Mereka berusaha  membuktikan diri mereka hebat dan mempunyai kebudayaan yang istimewa. Ramai juga telah berkahwin campur dan menghilangkan identiti  Jawa mereka. Pengorbanan mereka berhasil  tetapi pada zaman sekarang mereka tidak perlu lagi berkorban seperti itu. Mereka  tidak perlu lagi berasa malu dengan pertuturan Jawa atau dialek Melayu yang kejawaan kerana begitu pekat pengamalan budaya Jawa mereka sebab mereka telah diterima umum sebagai bangsa Melayu dari suku Jawa.

Ketika ini,  pola taburan kependudukan suku Jawa walaupun   sudah berubah tetapi mereka masih dapat dikenali dengan ciri kedudukan kampong mereka yang biasanya agak jauh dari bandar besar. Mereka telah diterima dalam masyarakat malah dihormati dan menjadi sebahagian daripada lapisan masyarakat tanpa mengkalasifikasikan mereka seperti sebelum merdeka dahulu. Walau pun begitu, majoriti pekan dan perkampungan orang Jawa yang bertaburan di seluruh Johor masih membawa ikon Jawa. Perbedaannya hanya dari segi status sosial ekonomi kerana mereka boleh dikatakan setanding dan berkemampuan malah banyak yang lebih berupaya, kaya atau berada.

Jika menilik dari golongan atau lapisan umur dalam masyarakat mereka ketika ini, yang berusia lebih 50 tahun adalah yang sangat taksub kepada UMNO kecuali yang tinggi pengetahuan agama dan yang bekerja sendiri sejak di usia muda. Kelompok yang tidak terikat dengan pengaruh UMNO kelihatan begitu ceria dan makmur dari segi minda dan kedudukan sosial mereka. Kumpulan usia di bawah 50 tahun pula,  kebanyakannya berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan mahupun dalam masyarakat, kelihatan sedang berdilema.

 Mereka mengharungi hidup tidak bebas minda kerana terasa terikat dengan budaya menghormati orang tua yang masih taksub kepada UMNO yang dianggap begitu berjasa kepada mereka. Realiti disebalik itu mereka berhadapan dengan arus trafik minda yang pelbagai kerana input-input pengetahuan yang mereka garap lebih memberi panduan kepada diri mereka terutamanya terhadap dasar dan perlakuan UMNO yang telah melampaui batas, seperti menyeleweng dan mengutamakan kepentingan diri, pecah amanah dan rasuah. 

Haruslah diingat bahawa kebanyakan orang Jawa yang datang ke Johor bukanlah berasal dari keluarga yang marhein atau tidak berpengetahuan ketika di Jawa dahulu. Kebanyakan mereka kuat beragama dan mereka terus maju di sini. Apabila UMNO pada peringkat awal perjuangan dan penubuhannya dahulu tidak banyak mengamalkan dasar-dasar yang bercanggah dengan agama mereka tidak bermasalah. Tidak seperti sekarang, mereka amat gelisah dengan kebobrokan UMNO tetapi tidak mahu membantah secara terus terang.

 Sehubungan itu mereka patut diberi sokongan dan kepercayaan agar meninggalkan UMNO yang tidak mahu lagi berubah dan tidak mahu lagi mendengar syor-syor dan saranan mereka supaya kembali keperjuangan asal iaitu mentadbir kuasa yang diberi dengan amanah dan adil kepada semua rakyat tidak kira berlainan fahaman politik mahupun bangsa dan agama.

Pakatan Rakyat atau sesiapa saja yang ingin mendapat sokongan di Johor mestilah mengetahui faktor dalaman ini. Statik politik pula menggambarkan dari sejumlah penduduk Melayu Johor, 40% telah menyokong kebangkitan Pakatan Rakyat. 20 % diatas pagar yang meletakkan diri sebagai orang yang berkecuali tetapi naluri mereka cenderung kepada kebajikan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. 30% adalah penyokong UMNO tegar dan 10% adalah kelompok dungu atau buta politik. Meskipun pola pemikiran kelihatan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat, tanpa usaha yang gigih dan berterusan menyampaikan kebenaran dan kebajikan di Johor boleh mengakibatkan keputusan pilihanraya tidak akan menyebelahi Pakatan Rakyat. 

Pakatan Rakyat mesti bersedia dan terus berusaha menggerakkan sayap penyokong bukan Melayunya yang terdiri dari kaum Cina yang banyak dan cenderung kepada perjuangan DAP. Mengikut analisa rambang penganalisis politik, usaha Datuk Dr Chua Jui Meng mesti diteruskan dalam memberi penjelasan terhadap penipuan UMNO kepada MCA di Johor. UMNO juga mengelirukan orang Cina Johor dengan isu-isu agama Islam dengan tujuan orang Cina tidak terpengaruh dengan perjuangan kebajikan berpanduan agama oleh PAS. Padahal, melalui dasar agama, kebajikan dan keadilan kemanusiaan adalah terserlah. 

Jika arus perubahan dan paradigma minda orang Cina Johor berterusan mendapat sambutan, ditambah dengan usaha bersama semua dalam Pakatan Rakyat maka rahsia pengundi bukan Melayu yang sebenarnya menjadi pendeposit tetap kemenangan UMNO di Johor akan terbongkar. Pakatan Rakyat akan menang mudah jika berjaya menangani hati pengundi bukan Melayu Johor dengan jujur , amanah dan prihatin.

Ada satu lagi kelompok tegar UMNO Johor iaitu pemuda yang kurang berpelajaran, cetek minda dan berterusan tersuap dengan RM meskipun nilainya amat sedikit. Mereka kelihatan dididik oleh UMNO dengan baja samseng dan ini sebenarnya akan menjadi pembantu kemenangan dan berluasnya pengaruh kebajikan yang disukai orang dari segi fitrah kemanuasiaan iaitu yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mesti terus bersabar menghadapi segala provokasi jahat yang akhirnya UMNO akan terus dibenci dengan perlakuan kurang ajar para samseng mereka. Pemimpin UMNO yang mendalangi mereka akan tersungkur dengan sendirinya apabila rakyat menolak penyelewengan dan budaya samseng yang mereka budayakan.

 Akhir sekali Tun Sheikh ingin menyeru kapada diri sendiri dan kepada semua ; Marilah kita kembali kepada jalan keredhaan Allah kerana Allah menjanjikan limpah rahmatnya tidak kira kepada bangsa dan agama apa,  bermula di situ!!

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Batu Layar Pengerang , 25.12.2012

Thursday, August 16, 2012

Sejarah Perjuangan UMNO: Dari Matlamat Suci Sehingga Ke Tebing Kegelinciran


Sejarah Perjuangan UMNO: Dari Matlamat Suci Sehingga Ke Tebing Kegelinciran

Sebelum wujud UMNO (PEKEMBAR) pada 11 Mei 1946, sebenarnya sudah ada banyak pertubuhan dan persatuan Melayu yang telah merintis cita-cita untuk merdeka. Pengaruh mereka luas sehingga ada yang mendapat dokongan dari Indonesia dan juga di Britain. Peranan pejuang kemerdekaan ini telah digunakan oleh Dato’ Onn bagi menakut-nakutkan Inggeris supaya segera membubarkan Malayn Union. Matlamat utama perjuangan UMNO selain pembubaran Malayan Union ialah untuk mengembalikan kedaulatan dan maruah raja-raja Melayu dan menuntut keadilan dan kebajikan terhadap kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu. Tekanan daripada bekas-bekas anggota kumpulan kiri Melayu  telah mendesak UMNO menuntut kemerdekaan . Hal ini telah mendatangkan masalah kepada  Dato’ Onn selaku Yang Di Pertua UMNO yang mengunjurkan kemerdekaan  pada tahun 1958 iaitu 10 tahun persediaan sebelum bekerajaan sendiri.

Dato’ Onn yakin beliau akan dapat mempengaruhi Inggeris sama ada secara lembut,  berdiplomasi atau desakan agar mengembalikan semula hasil mashul  fizikal dan moral yang telah menyumbang keharmonian kerajaan Inggeris dengan menuntut Inggeris mwengembalikannya kepada orang Melayu dengan memberi latihan dan kemahiran dalam semua bidang terutamanya dalam bidang teknikal, teknologi, pendidikan dan sains. Ini adalah kerana Dato’ Onn mengetahui keterikatan British yang turut menandatangani Perjanjian Atlantik 1945.

 Di pihak Inggeris pula, bagi mengelakkan pengaruh mereka terpinggir, Inggeris telah merancang secara halus memastikan kemerdekaan yang akan diberikan kepada Tanah Melayu tidak mendatangkan masalah ekonomi dan social mereka. Inggeris telah merancang perhubungan diantara British dan Tanah Melayu mesti dapat diteruskan seperti biasa dalam keadaan kedudukan mereka seperti tuan atau mulia dan dihormati lebih dari orang Melayu selaku bekas tanah jajahan. Ini adalah kerana jiran-jiran Eropahnya seperti Belanda, Perancis, Sepanyol dan lain-lain yang terpaksa melepaskan tanah jajahan mereka setelah bertembong atau berperang dengan anak tempatan telah  terputus hubungan di antara keduanya. Akibatnya mereka menghadapi krisis ekonomi dan kehilangan tempat atau negara untuk pasaran barangan dagangan mereka. Peperangan yang berlaku dengan pribumi yang menuntut kemerdekaan telah memakan belanja yang sangat besar sehingga hampir melumpuhkan negara asal.

Sehubungan itu, British telah membuat dasar mengelak daripada berlaku pertempuran atau peperangan dengan menjanjikan kemerdekaan secara diplomasi tetapi berusaha melambat-lambatkan tarikh dan tempuh untuk kepentingan British dan kestabilan ekonomi dan masa hadapan mereka. Bagi menyakinkan anak tempatan bahawa mereka mereka tidak mungkir janji untuk member kemerdekaan, British telah menguar-uarkan komitmen mereka yang telah menandatangani Perjanjian Atlantik. Perjanjian ini telah memutuskan bahawa negara-negara takluk akan diberi hak memerintah sendiri atau kemerdekaan secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan negara penjajah dikehendaki memberi latihan dan kemahiran dalam segala bidang kepada anak tempatan ke arah persediaan bekerajaan sendiri.

Dengan itu, British telah memilih UMNO sebagai pemangkin warisannya bagi memastikan semua bidang dan  perusahaan yang berkepentingan terutamanya dari segi ekonomi tidak akan merugi atau mengurangkan dari apa yang pernah didapati selama ini. Halangan utama British ialah perwatakan dan kewibawaan Dato’ Onn selaku ketua dan pemimpin UMNO yang sangat berpengaruh dan berwibawa. Beliau dilihat sebagai orang yang sangat cerdik, keras kepala dan kuat kemelayuaannya serta sangat bersemangat  memperjuangkan  rakyat marhein dan merupakan penghalang agenda British. Dato’ Onn dianggap penghalang besar dan boleh mencacatkan tujuan tersirat pemberiaan kemerdekaaan kepada Tanah Melayu. Inggeris telah berusaha sedaya upaya mencucuk jarum dan menyibar fitnah untuk menyingkirkan Dato’ Onn dengan menghasut Sultan Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Melayu lain. Usaha mereka secara halus akhirnya berjaya memberi tekanan dan mengelirukan orang Melayu sehingga Dato’ Onn dengan sendirinya ditolak oleh orang Melayu sendiri. Dato’ Onn telah digantikan dengan YM Tunku Abdul Rahman yang dianggap begitu ideal oleh Inggeris dalam mencapai matlamat untuk mengekalkan pengaruh mereka.

Semenjak itu, segala perancangan seperti perundangan, pembangunan dan kemajuan social adalah mengikut acuan sistem dan prosudur British. Tanah Melayu berjaya membangun dengan baik kerana mengutamakan bidang pelajaran dan kesihatan dari bidang-bidang lain. Kadar buta huruf menurun dan peratus kadar rakyat berpendidikan meningkat lebih dari 50%. Hal ini telah menyumbangkan sumber tenaga kerja berpendidikan dan berjaya menggerakan pembangunan industry dengan cepat dan drastik. UMNO pada dasarnya berjaya memajukan nasib dan pembangunan orang Melayu. Malangnya kejayaan-kejayaan pembangunan fizikal tidak selari dengan kerohanian, suatu budaya Melayu yang tinggi yang diabaikan oleh generasi-generasi pelapis. Sehingga warisan UMNO pada hari ini sangat kelihatan lebih mementingkan diri, tidak amanah dan mengambil kesempatan membolot kekayaan dengan cara yang tidak bermaruah. Mereka telah meletakkan nasib UMNO di tebing kegelinciran dan akan ditolak oleh orang Melayu banyak.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Johor Bahru 12.8.2012

Friday, July 6, 2012

Politik Semasa Rakyat Johor


Politik Semasa Rakyat Johor
Ketika pulang berulang-alik ke Johor beberapa kali bulan lepas (Mei dan Jun),  Tun Sheikh terasa kesungguhan dan kerja keras Pakatan Rakyat memberi  perhatian utama meluaskan pengaruh di Johor, negeri kelahiran UMNO. Tun Sheikh sempat menemubual beberapa tokoh penting dan juga mendengar ceramah-ceramah politik dan agama yang dianjurkan. Tun Sheikh juga berkesempatan bertukar-tukar fikiran dengan angkatan muda anak Johor yang berusia 45 tahun ke bawah. Malah sempat juga berbual-bual dengan masyarakat Cina dari kalangan pekebun, peniaga runcit atau dengan istilah lain yang biasa dipakai di Johor ialah Cina kampong.

Perkembangan positif ialah sambutan masyarakat Cina yang mula menjauhkan diri dari MCA kerana mereka juga berpendapat pemimpin MCA terikut-ikut mengamalkan budaya rasuah yang disuap oleh UMNO dan lebih mementingkan diri dan saudara mara dekat serta kroni. Mereka mengamalkan budaya bias tidak seperti tahun-tahun 1990-an dan sebelumnya. Ketika itu perjuangan MCA dirasa benar-benar untuk kepentingan masyarakat Cina Johor pada keseluruhannya. Trend mereka ketika ini ialah memberi kefahaman sesama mereka bahawa selama ini mereka juga sebenarnya didiskriminasi oleh BN jika dibanding dengan kekayaan dan kesenangan yang digarap oleh pemimpin BN Johor dengan keadaan keseluruhan masyarakat atau rakyat Johor terutamanya masyarakat Cina kampong.

Orang Cina yang berpelajaran lebih terbuka minda dan tertarik dengan perjuangan NGO seperti demontrasi BERSIH, Lynas dan juga isu paksaan BN kepada orang Felda supaya menerima dan bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mendaftar perniagaan Felda ke bursa saham. Kepada masyarakat Cina yang telah biasa dengan budaya perniagaan, mereka berpendapat urusan saham itu hanya memberi keuntungan jangka pendek dan akibat buruknya akan ditanggung oleh masyarakat Felda itu sendiri. Keuntungan jangka pendek ini sudah tentu dinikmati oleh orang berduit atau orang yang dapat memiliki agihan saham itu secara mudah dan telah tergambar di minda mereka bahawa itu hanya dinikmati oleh orang-orang politik dan kroni mereka.

 Isu lain yang suka diikuti mereka ialah penerangan dari bekas presiden MCA mengenai muslihat politik dan tipu helah UMNO kepada masyarakat Melayu dan juga kepada parti-parti komponen dalam BN. Telah berlaku paradigma minda walaupun tidak berbentuk tsunami di kalangan masyarakat Cina untuk beralih dan menyokong DAP atau PR daripada MCA atau BN. Mereka masih berasa terbuku di hati dan kecewa dengan presiden MCA yang mempunyai rekod moral yang memalukan tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau telah terpilih menjadi presiden MCA.
Masyarakat Cina Johor juga  tidak menyangka bahawa hal-ehwal orang Melayu banyak ditutup oleh UMNO sendiri terutamanya mengenai usaha dan kecapan faedah bersama sesuatu projek secara keseluruhannya. Untung besar hanya kepada pemimpin dan retorika kepada rakyat biasa. Maksudnya rakyat hanya dapat perasaan gembira dan rasa bangga dengan pembangunan yang dibuat tetapi rakyat tidak mengecapi keuntungan langsung secara individu sebagaimana dikecapi oleh para pemimpin.  

Orang Cina Johor yang telah mendapat penerangan dan penjelasan mengenai nilai sejagat dan kebaikan agama Islam berasa kesal kerana selama ini UMNO tidak memberi penjelasan secara ikhlas kecuali dengan budaya menakut-nakutkan mereka mengenai hukum hudud, berkhitan dan lain-lain sehingga mereka sangka kebudayaan Melayu adalah agama.

 Orang Cina Johor jika dibanding dengan orang Cina di negeri lain, boleh dikatakan kesetiaan mereka kepada kerajaan adalah lebih kerana pengaruh pergaulan, pendidikan dan sejarah latar belakang yang pernah hitam dalam beberapa  peristiwa pertumpahan darah di Johor. Mereka sangat hormat kepada Sultan kerana faktor sejarah dan jasa istana yang dianggap telah mengubah nasib mereka yang susah kepada senang dalam kehidupan di Johor.

Dari satu kajian atau banci yang telah dilakukan secara professional mengenai trend politik masyarakat Cina di Johor, mereka dianggap sebagai kuasa penentu dan mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Cina Johor dianggarkan seramai 40%, Melayu 45% dan selebihnya India dan lain-lain. Adalah dianggarkan 65% masyarakat Cina telah dipengaruhi oleh PR manakala 40% daripada jumlah Melayu telah menyokong selain BN. Sekiranya undi Cina Johor tidak dapat dipujuk agar menyebelahi BN seperti dulu-dulu dan trend 40% Melayu itu, ada kemungkinan besar Johor akan ditawan PR dengan nisbah 53% PR dan 47% BN. Johor akan mengikuti jejak Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri termaju dan harmoni berkebajikan yang sampai kepada rakyat jelata kerana banyak hasil dan ditadbirkan oleh PR yang bertanggongjawab dan amanah.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
KLIA Sepang 3 Julai 2012

Friday, June 15, 2012

Bangkai Gajah Tidak Boleh Ditutup Dengan Sehelai Daun…..


Bangkai Gajah Tidak Boleh Ditutup Dengan Sehelai Daun…..

Pertemuan dengan bekas bos lama yang mengaku bersahabat baik dengan DSAI sejak di zaman persekolahan telah mengingatkan Tun Sheikh tentang pendirian yang diambilnya ketika DSAI dituduh liwat oleh kerajaan dan merengkok dalam penjara beberapa tahun kerana sabit kesalahan pecah amanah dan salah menggunakan kuasa ketika menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai pegawai kanan kerajaan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi satu pengajaran yang amat Tun Sheikh setuju dengan pendirian yang dibawanya ialah memberi  kefahaman kepada sahabat handainya samada yang bertujuan memerangkap atau bersahaja, bahawa beliau tiada di tempat dan tidak melihat dengan matanya sendiri ketika DSAI meliwat pemandu dan adik angkatnya yang telah membuatkan bos-bos jabatan  kerajaan yang pro dan kaki mengampu UMNO&BN bungkam dan malu. Jauh dalam hati Tun Sheikh, jika bertegas menggunakan dasar dan peraturan Islam, ia adalah amat adil dan melindungi semua dari penganiayaan tidak kira bangsa atau agama.

Apabila dibandingkan dengan isu video seks yang dibuat oleh Datuk Trio Umno, akal yang waras memang tidak menafikan pengesahan polis bahawa video itu adalah asli. Bagi mereka yang tidak bersangka buruk maka akan terus terfikir bahawa polis pun bermain politik kerana isunya bukan video itu tetapi pelakon, pelaku dan perbuatan seks itu adakah benar-benar DSAI. Video tape itu memang asli tetapi yang dipertikaikan ialah pelakon di dalamnya dan ini tidak dijawab oleh PDRM secara sainstifik kerana mereka bukan pakar dalam bidang itu dan amat kelihatan mereka seperti diarah membuat pengumumam sedemikian untuk meyakinkan rakyat jelata yang mudah dipengaruhi dan mudah digempak.
Jika mengikut cara perundangan Islam, video tape ini tidak boleh menjadi saksi atau bukti kerana tidak boleh berkata-kata dan tidak boleh mengangkat sumpah berkata benar dan segalanya adalah benar kerana ia hanyalah  bentuk peralatan. Lebih jauh lagi video tape itu tidak merakam atau tidak nampak dengan jelas dengan mata kameranya, batang pensil DSAI memasuki lubang botol punggung budak homo itu. Yang lebih menarik lagi ialah kedapatan secara sainstifik banyak DNA sperma ramai lelaki lain dalam bacaan DNA yang diambil dari lobang punggung budak homo yang dianggap baik dan suci oleh mahkamah . Dan lebih kelakar lagi ialah DNA milik lelaki yang ramai itu lebih domain atau jelas dan nyata dari yang serupa seperti milik DSAI.

Sehubungan itu, kebarangkalian perbuatan DSAI untuk menjadi orang tertuduh utama agak longgar dan memang wajar akhirnya kes ini ditutup dengan tertuduh dibuang kes. Jika ia diteruskan akan lebih memperbodohkan institusi kehakiman negara dan akan terus memalukan agensi-agensi professional milik kerajaan yang kelihatan begitu cuai, bodoh dan tidak mengikut standard antarabangsa meskipun semua peralatan moden yang digunakan adalah serupa dipakai di luar negara. Masalah sebenar bukanlah masalah kejituan peralatan tetapi masalah intergriti manusia yang menggunakannya yang bersifat tidak amanah atau dipaksa oleh tangan gaib.

Seperti dijangka,  dendam kesumat terhadap DSAI memang tidak habis disitu dan akan berterusan selagi orang yang memegang kuasa itu sendiri tidak berubah atau ditukar kepada yang lebih amanah, telus dan berintergriti. Masalahnya orang yang sedang memegang kuasa bukanlah diri individu yang berjalan bersendiri atau seorang diri tetapi terdiri dari sebuah kumpulan besar yang saling bantu membantu dan berusaha mewangikan diri dengan menggunakan kuasa dan pelbagai cara termasuk merasuah daripada bau busuk hasil tangan mereka yang tidak boleh ditutup lagi.

Sekiranya seluruh rakyat faham dan sanggup berkorban demi menyelamatkan moral dan nilai kebudayaan bangsa melalui kuasa pilihanraya dengan menolak atau membuang mereka, maka dengan cara itu sahaja diperkirakan bau bangkai yang menyengat hidung ini dapat diatasi. Sekiranya hal yang sama berlaku lagi dan menjadi budaya juga kepada parti pemerintah baru maka rakyat perlu menggantikan mereka dengan yang lain dan kepekaan serta kebijaksanaan rakyat yang sanggup berkorban dan menentukan hala tuju dasar pemerintahan ini akan menguntungkan rakyat sendiri.

Kadang-kadang Tun Sheikh terfikir adakah mungkin selagi Tun M yang digambarkan oleh musuhnya sebagai bapa kejahatan masih hidup maka kebobrokan politik negara akan berterusan. Ini adalah kerana beliau adalah mentor kepada pemimpin umno pada hari ini. Usia beliau pernah didoakan panjang oleh seorang ulamak sebagai balasan Tuhan terhadap dasar-dasar akal pemikirannya yang merosak bangsa dan agama ketika beliau berkuasa dahulu. Panjang umur beliau didoakan juga supaya beliau bertaubat jika beliau tidak sengaja atau terpaksa berkelakuan zalim ketika berkuasa dahulu tetapi jika beliau sengaja dan berbangga dengan keangkuhan yang ditunjukkan, kepanjangan umur beliau akan membelit nafas leher tuanya sehingga menjadikan hidupnya yang tidak ketahuan hari matinya  menjadi begitu tidak selesa dan tersiksa di dunia lagi.

Kita boleh mengambil berbagai iktibar dan kesempatan. Apa yang terpampang di depan mata kita ini hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin. Marilah kita memilih diri kita sendiri menjadi manusia berkebajikan daripada menyokong atau bersubahat dengan kejahatan. Mari sama-sama kita menegak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Iman yang tinggi adalah kesanggupan kita mencegah kemungkaran dengan perbuatan, memangkah dan memilih calon mewakili kita dalam kerajaan adalah perbuatan dan iman yang rendah sedikit daripada itu kita mencegah dengan lidah atau percakapan dan kata-kata atau melalui penulisan dan selemah iman kita mencegah di dalam hati, tidak sanggup bersubahat dan tidak merelakannya di dalam hati.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Pontian 10.6.2012

Thursday, May 10, 2012

Penggerak Reformasi Indonesia


Penggerak Reformasi Indonesia

Ketika di era 1980-an, sebenarnya  banyak mahasiswa Indonesia yang pro kebebasan rakyat secara demokrasi dan anti rasuah dan nepotisma  telah menjadi tenaga pengajar dan Tun Sheikh difahamkan bahawa pihak pengurusan universitas memberi galakan secara halus juga kerana menyokong suara mahasiswa yang bernilai kemanusiaan yang universal tetapi mereka tidak melakukannya secara terang-terangan kerana mereka juga diperhatikan oleh spy-spy hantu pemerintah.

Di luar kampus, mereka yang telah berjaya dan memimpin persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO) sudah mula berani memanjang-manjangkan berita angin yang mengatakan sebenarnya kroni Suharto yang telah merancang untuk mengambilalih kuasa daripada Presiden Sukarno dan telah melaksanakan pelbagai strategi ke arah itu untuk melemahkan pengaruh Presiden Sukarno yang sangat berjasa itu. Mereka berpegang kepada alasan dan pandangan yang berasa bimbang dasar sosial dan liberal Sukarno akan menyebabkan pengaruh komunis berkembang pesat dan akhirnya menguasai politik negara. Ramai di antara pemimpin rakyat dan mahasiswa menganggap alasan ini sangat berpengaruh tetapi hanyalah perspektif dan spekulasi.

Terdapat juga maklumat, para graduan Indonesia yang berminat  menyertai pasukan beruniform  kebanyakan hanya suka memasuki angkatan laut dan udara daripada angkatan darat sejak 1970-an. Ini adalah kerana angkatan darat dan kepolisan dirasai terlalu bias kepada pemerintah dan mendapat banyak keistimewaan. Sejarah perjuangan dan kesetiaan mereka sangat dibanggakan sehingga ada norma memperendahkan keupayaan dan kemecemerlangan pasukan udara dan laut. Pasukan Laut dan udara pula terkenal dengan keterbukaan kerana sering berinteraksi di peringkat antara bangsa dan prihatin terhadap nasib rakyat bawahan.


Pada era berlaku reformasi, mereka yang berkhidmat dengan angkatan laut dan udara telah berpangkat senior. Mereka dapat melihat kemurniaan nilai kemanusiaan sejagat yang diperjuangkan dan mereka juga mengetahui peraturan menggunakan senjata dengan budibicara terpuji sebagaimana ditetapkan di peringkat antara bangsa. Mereka berasa bertanggongjawab mengawal keamanan dan berusaha tidak menggunakan senjati api kepada rakyat yang tidak bersenjata.

Rakyat dari kelompok sosial pertengahan dan sederhana juga tidak menggemari cara dan budaya tindakan pemerintah menghantar kereta prisai atau kereta kebal ke kampus untuk menakut-nakutkan mahasiswa jika ada krisis kecil di kampus. Di pihak kepolisan dan tentera pula mereka kelihatan agak bengis dan sombong dengan golongan mahasiswa kerana sejarah perjuangan kemerdekaan dan sosial mereka adalah tercetus dari pergerakan pelajar sehingga tercipta Sumpah Pemuda. Pemerintah khuatir sejarah akan berulang kerana mahasiswa berupaya memainkan peranan membangkit sesuatu semangat dan perjuangan rakyat dan mencetus keadaan huru-hara.

Di era 1990-an kegiatan pergerakan mahasiswa yang anti kepada dasar-dasar dan cara pemerintahan yang dianggap ala tentera bertambah subur di universiti atau pusat pengajian tinggi swasta. Ini adalah berikutan sedikit kebebasan yang terpaksa diberi kepada mahasiswa swasta oleh pihak pengurusan universiti yang khuatir mereka akan kehilangan pelajar dan terpaksa menutup universiti yang diusahakan mereka kerana masalah kemelesetan ekonomi global. 

Diwaktu yang sama,  kesan kemelesetan ekonomi global  seperti tidak mendatangkan masalah kepada golongan berada dan kroni-kroni yang dekat dengan parti pemerintah dan keluarga dan saudara mara atau kaum kerabat presiden dan para menteri. Hanya segelintir menteri sahaja yang berani membawa isu penderitaan dan kesempitan hidup rakyat biasa ke parlimen dan sering tidak mendapat perhatian. Ini sangat dikesali oleh golongan pertengahan apabila cengkaman kemelesetan ekonomi telah mula dirasai mereka. Mereka berasa cemburu cara hidup golongan kroni pemerintah dan secara tidak langsung mereka menyokong perjuangan para mahasiswa menuntut demokrasi tulen dan menghapus rasuah, kronisma dan nepotisma.

Terdapat juga maklumat dan fakta bahawa mahasiswa yang mampu belajar dengan biaya orang tua itu lebih terdedah dengan perkembangan, pergerakan dan kebebasan para mahasiswa di luar negara kerana ada di antara mereka sering ke luar negara berikutan kebanyakan mereka adalah dari keluarga yang berada dan berkemampuan. Mereka juga berasa tertekan kerana sering disindir sebagai kelompok yang mampu kerana hasil rasuah yang dimakan oleh orang tua mereka. Mereka berazam dan turut sama berjuang untuk mengubah budaya rasuah dan ini terbukti berlaku secara aktif di universiti-universiti dan kolej swasta yang terkenal dan mahal seperti Tri Sakti di Jakarta.

Pergerakan dan kemuncak perjuangan supaya pemerintah memperbaiki proses demokrasi ini terus berkembang di kalangan para pelajar di pusat pengajian tinggi dan apabila demontrasi di Tri Sakti dipatahkan oleh pemerintah dengan 3 mahasiswa parah dan terkorban, maka berlaku pergabungan segala pergerakan yang anti rasuah dan nepotisma dan pemerintahan ala tentera oleh para mahasiswa sama ada swasta dan universiti pemerintah. Kemuncaknya ialah demontrasi jalanan yang diadakan setiap minggu oleh para mahasiswa dari 1997 hingga 1998 dan akhirnya pemerintah terpaksa mengumumkan proses pilihanraya yang lebih terbuka dan berciri demokrasi pada tahun 1999.

Hari ini buah reformasi Indonesia telah menjadi kenyataan tetapi sebenarnya belumlah menyeluruh dikuasai rakyat atau berdemokrasi tulen. Ini adalah kerana ketika pengaruh angkatan bersenjata ditolak, banyak huru-hara dikatakan berlaku sehingga kerajaan rakyat pimpinan BJ Habibi, Abd Rahman dan Megawati Sukarnoputri terpaksa melepaskan dan memberi beberapa daerah dengan kuasa otonomi malah pengaruh atau kuasa mereka sebagai presiden rakyat pun tidak bertahan lama kerana kerap tergganggu dan dipaksa bertukar tangan. Ada yang mengatakan ini semua adalah peranan yang dimainkan oleh kepimpinan yang taksub dengan angkatan bersenjata. Apabila Susilo Bambang yang berlatar belakang pemimpin angkatan bersenjata dan cenderung kepada demokrasi mengambil alih, barulah kelajuan pemilihan dan pertukaran presiden yang dianggap berlaku terlalu kerap dan kurang baik itu menjadi perlahan.

Apabila berkesempatan, insyaallah Tun Sheikh akan menulis sedikit berkenaan kejayaan reformasi yang diperjuangkan oleh mahasiswa Indonesia. Kebetulan ketika berlaku reformasi Indonesia pada tahun 1997, 1998 dan 1999, Tun Sheikh berada di sana dan  menjadi saksi mata kerana bertugas membuat penyelidikan rasmi. Selain itu,  sejak pulang pada tahun 1986 sehingga ke hari ini hubungan Tun Sheikh dengan teman-teman dan kawan-kawan di sana masih berterusan. Kebanyakan mereka telah menjadi pensyarah kanan dan memiliki Phd dan tidak berkeberatan memberi informasi perkembangan semasa dan sejarah pergerakan reformasi mahasiswa yang bernilai kemanusiaan sejagat atau universal. Beberapa faktor sama ada serupa atau berlainan di antara reformasi Indonesia dan Malaysia akan dapat memberi gambaran penyebab reformasi Malaysia lambat atau kurang berjaya.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Perjuangan dan Pergerakan Pelajar Sebelum Reformasi Indonesia 1998


Perjuangan dan Pergerakan Pelajar Sebelum Reformasi Indonesia 1998

Pengalaman Tun Sheikh melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia dan tinggal selama 4 tahun di sana telah memberi kesempatan bergaul dan melihat perjuangan mahasiswa di sana. Mereka bergerak dengan aktif dan mengadakan pelbagai aktiviti pelajar. Dalam program-program kampus yang dilaksanakan itu,  boleh dikatakan tiada unsur-unsur menanam kebencian kepada pemerintahan ala tentera oleh Presiden Suharto. Jika mereka disyaki dan tertangkap maka pada kebiasaannya kebolehan dan bakat mereka akan hilang begitu sahaja kerana disingkir dari kampus dan dipantau sehingga mereka lumpuh atau tidak berdaya dan tidak dapat bangun mencari pengaruh akibat dari hukuman yang halus itu.

 Ketika Tun Sheikh baru sampai, pihak kedutaan menasihat, mengingat dan memberi amaran supaya jangan terlibat dalam aktiviti mahasiswa jika berbau anti dasar-dasar pemerintah. Sebagai mahasiswa, Tun Sheikh terpaksa melaporkan segala aktiviti pelajar atau kampus yang Tun Sheikh wajib ikuti tetapi tidaklah dilaporkan kegiatan yang mempengaruhi minda mahasiswa menolak dasar-dasar pemerintah. Tun Sheikh ikut dan dengar tetapi tidak aktif kerana Tun Sheikh berstatus mahasiswa asing. Dalam kampus,  Tun Sheikh bergaul dan mesra dengan semua tetapi tidak  begitu rapat. Maksudnya  mesra tetapi tidak sampai terlalu rapat yang betah iaitu bertukar-tukar cerita peribadi. 

Mereka mengetahui semua mahasiswa atau pelajar pengajian tinggi Indonesia adalah terdiri dari golongan yang memiliki akal kecerdekan kerana pemilihan mereka yang berpeluang menjejakkan kaki ke kampus setelah lulus peperiksaan Sekolah Menengah Atas (SMA) begitu ketat dan persaingannya begitu ramai tidak seperti di Malaysia. Yang terbaik sahaja yang berjaya dan yang berjaya itu hanya lebih kurang 10-15 % sahaja dari keseluruhan yang memohon. Dengan lain perkataan Indonesia ketika itu hanya melepaskan 1% sahaja rakyatnya ke pengajian tinggi setelah tamat SMA (SPM di Malaysia). Dengan itu terlalu banyak golongan cerdek yang tidak berpeluang menapak ke kolej atau menara gading berasa kecewa. Bayangkan daripada sejumlah 300 juta hanya 3 juta berpendidikan tinggi dan daripada 3 juta ini jika diperinci lagi maka akan terserlah rakyat Indonesia yang memiliki ijazah Phd, sarjana dan sarjana muda atau diploma adalah beberapa kerat sahaja daripada sejumlah 300 juta rakyat.

 Mereka yang gagal akan menjadi rakyat biasa walaupun tidak marhein tetapi bergaul rapat dengan golongan itu. Di luar kota rakyat menikmati kehidupan yang sangat sederhana sehingga untuk menghantar anak ke sekolah kerajaan setelah tamat sekolah dasar (sekolah rendah), kebanyakan tidak berkemampuan. Untungnya ramai para pelajar dan  tokoh bijak pandai Indonesia tidak lupa daratan untuk membantu bangsa mereka sendiri apabila mereka berpeluang melihat perkembangan dan kemajuan pendidikan Negara luar. Mereka sedar dasar pemerintah yang sengaja mengawal kuota golongan cerdek pandai kerana berpandangan jika terlalalu ramai yang bijak, Negara tidak akan seimbang, banyak akan tidak berminat menganggotai angkatan bersenjata yang boleh diperintah-perintah dan jika banyak golongan terpelajar, mereka akan hilang kuasa. Kebangkitan rakyat melalui bijak pandai ini atau secara demokrasi tulen tanpa perkongsian dengan kuasa angkatan bersenjata tidak diyakini oleh pemerintah ala tentera akan dapat mewujud dan mengawal keamanan.

Di kampus terutama yang dimiliki pemerintah, memang banyak hantu-hantu mahasiswa  yang terdiri daripada pelajar yang diupah, yang terpaksa, yang dihantar dan penyamar yang bertugas memantau aktiviti kampus dan melapor  kepada pemerintah. Jika di Malaysia mereka ialah SB tetapi di sana selain SB banyak lagi hantu dan puaka yang ditindik. Pemimpin pelajar atau mahasiswa yang berbakat dan membawa perwatakan yang tidak suka kerajaan diekori terus dan dalam keadaan tanpa diketahui kita akan mendapati tokoh kepimpinan mahasiswa yang lantang itu dilapor telah berpindah universitas tetapi sebenarnya ditahan atau dibunuh bakat dan masa depannya jika dikhuatiri akan menjadi pemimpin menentang kerajaan. 

Oleh kerana itu kepimpinan mahasiswa sangat berhati-hati dan tekanan yang dihadapi sebenarnya telah meransang mereka bertambah bijak membuat program dan merancang aktiviti kampus sehingga tidak kelihatan atau boleh didakwa sebagai menghasut atau anti kerajaaan. Mereka bijak menyampaikan mesej yang tersirat tanpa boleh didakwa mengikut undang-undang tetapi sampai dengan jelas dan dapat mempengaruhi pelajar. Mereka bijak menyampaikan objektif yang tersirat secara kias dan sindiran mahupun secara gurauan atau jenaka. Pelbagai permainan dan bahasa kampus tercipta sesama mereka. 

Golongan mahasiswa Indonesia tidak terlibat dengan politik. Walau bagaimana  pun mereka seolah-olah diiktiraf sebagai pemerhati perjalanan politik. Tiada catatan pemimpin atau bekas mahasiswa  menyertai politik dengan cepat dan terus diangkat atau dilantik sebagai orang penting parti. Mahasiswa mempunyai pengaruh dan kuasa tersendiri. Mereka memiliki sejarah perjuangan yang murni dalam pembentukan negara Indonesia dan sering menjadi pengimbang sesuatu dasar dari luar parlimen. Jika dasar pemerintah kelihatan tidak memberi faedah kepada rakyat atau merugikan rakyat, mereka akan mengadakan forum, seminar, debat di kampus dan juga adakalanya berkerjasama dengan persatuan-persatuan sosial atau NGO. Resolusi dan memorandum dihantar oleh wakil mereka kepada pemerintah. Jarang pandangan mereka diabai atau diperlekeh. Tetapi jika berlaku pengabaian berterusan, mereka keluar ke jalanan mengadakan demonstrasi.

Jika kerajaan BN menyedari bahawa tuntutan Bersih bukanlah daripada orang awam yang kuarang berpelajaran, maka mereka sepatutnya segera memberi respon sesuai dengan taraf keintelektualan  pemimpin Bersih. Ternyata Bersih diwakili oleh para peguam dan lebih kurang 80 NGO lain yang tiada berkepentingan politik kecuali menuntut ketelusan dan intergriti yang amanah dan jujur. Tetapi mereka diperlekeh dan dituduh termakan hasutan dari parti politik pembangkang. BN terus angkuh dan terus memberi tekanan tanpa menyadari bahawa mewujudkan tekanan kepada golongan bijak pandai akan membelit dan menyusahkan BN sendiri. Bersambung….. ke Penggerak Reformasi Indonesia.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara KL 10.5.2012

Monday, April 9, 2012

Kota Kinabalu Sabah – Sebuah Persepsi Menjelang PRU 13 Tokoh BN Patut Dihukum Pancung?


Kota Kinabalu Sabah – Sebuah Persepsi Menjelang PRU 13
Tokoh BN Patut Dihukum Pancung?

Pada bulan lepas Tun Sheikh bertandang selama seminggu ke Kota Kinabalu membawa keluarga melancung sambil memerhati dan mendapat pandangan beberapa anak negeri Sabah mengenai kemajuan pembangunan dan politik di sana. Tun Sheikh sempat bersembang dengan lebih kurang 70 orang warga Kota Kinabalu dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari peniaga atau pemilik kedai pakaian, restoren, pengusaha pelancungan, pemaju perumahan , penjaja buah, pensyarah IPTA dan IPTS, dan orang politik. Umur mereka dari pelbagai lapisan dari 19 hingga 70 tahun. Tidak ketinggalan Tun  Sheikh juga berkesempatan bersembang-sembang dengan pendatang Filipina lebih kurang seramai 20 orang terdiri dari pemuda dan wanita. Wanita dalam lingkungan 40-50 tahun seramai 8 orang. Orang politik pula seramai 5 orang terdiri daripada anak muda atau lebih tepat lagi 2 orang pemuda berusia 35 tahun yang aktif dalam UMNO Kota Kinabalu,  seorang pemuda PAS dan 2 orang PKR anak tempatan Sabah.

Maklumat terbanyak yang Tun Sheikh garap mengenai Sabah pada amnya dan Kota Kinabalu khususnya adalah dari sahabat Tun Sheikh, seorang pengarah jabatan kerajaan Persekutuan yang sedang berkhidmat di Kota Kinabalu sejak 2009. Apa yang Tun Sheikh dengar darinya dan juga dari seorang pejuang reformasi yang kini menetap di Perak dapat Tun Sheikh lihat atau menyaksikan kebenarannya. Tun Sheikh juga suka memberi pandangan sendiri hasil konklusi maklumat dan pengalaman mengenai Sabah secara rambang.

Rata-rata ketika Tun Sheikh berkunjung ke Kota Kinabalu boleh dikatakan bandarnya agak bersih dan tenang dan kemajuan pembangunannya  agak pesat juga. Tun Sheikh tinggal di Apartmen Api-Api di pusat kota. Rumah apartmen 2 bilik ini dilengkapkan dengan peralatan moden. Lengkap dengan penghawa dingin, mesin basuh, tv 32 inci, peti sejuk dan dapur. Kemudahan asas tersedia dan berasa selesa seperti di hotel 4 bintang. Konsep apartmen ini sebenarnya lebih baik daripada hotel kerana kita menyewa sebuah rumah berbanding dengan sebuah bilik dengan harga yang lebih kurang sama. Cuma Tun Sheikh perkirakan kebanyakan penghuni rumah apartment di sini masih kurang memahami dan mengamalkan sivik yang baik kerana di kawasan lantai bawah, sampah sarap ringan yang dicampak dari atas menjadikan pemandangan dan kebersihan di bawah begitu mengecewakan.

Orang tempatan atau pemilik apartmen yang tinggal di apartment sendiri, menuding penyewa-penyewa yang melakukannya. Mungkin benar kerana ketika Tun Sheikh mendaftar masuk, tiada penerangan langsung tentang kebersihan. Tetapi ketika menyerahkan kunci untuk pulang dan bertanya tentang kebersihan, dengan selamba kerani itu memberitahu bahwa minda sivik orang Sabah masih rendah. Beliau ditugaskan hanya menekankan duit cagaran kunci rumah, duit cagaran kunci tempat letak kereta, duit cagaran kunci keselamatan lif dan duit deposit apartmen yang ditetapkan sebanyak 50% dan bakinya dimestikan bayar di hari pertengahan tempuh sewa. Misalnya jika kita menyewa 6 hari, pada hari ke 4 mesti dijelaskan 50% lagi. Tun Sheikh juga dimaklumkan ada juga pengusaha menetapkan 70% atau 100% dibayar ketika kita mahu mengambil kunci. Belum diseragamkan tetapi mengenai keselamatan kita ketika menginap di apartment ini adalah baik kerana ada pengawal di setiap pintu masuk dan dengan kunci atau kad eletronik saja yang diberi kebenaran masuk oleh pengawal.

Tun Sheikh ingin buat kesimpulan rengkas di sini. Jika berkesempatan Tun Sheikh akan sambung menulis mengenai masyarakat Sabah khususnya Kota Kinabalu. Di sini tiada isu perkauman atau politik berdasarkan kaum. Siapa berjiwa nasional dianggap terbaik. Rasuah pemimpin BN dimaklumi rakyat tetapi mereka menganggap belum kritikal kerana keperluan mereka masih dilayani. Yang mereka tidak suka ialah kepimpinan BN pusat kerana penyelewengan dan pelbagai skandal. Tetapi mereka juga tidak menerima kepimpinan PKR Sabah kerana latar belakangnya yang pernah melompat-lompat.
Mereka dari pelbagai fahaman politik berkata, jika pemimpin PKR Sabah terutamanya Kota Kinabalu ditukar berkemungkinan PR akan menang di Sabah di PRU 13. Mereka juga bosan dengan arahan kerajaan pusat atau BN memberi pelbagai keistimewaan kepada pendatang asing Filipina. Orang Filipina sendiri mengakui dan memberitahu Tun Sheikh apa yang mereka dapat. Yang paling menarik ialah apabila Tun Sheikh diberitahu mereka bahawa orang kerajaan atau BN menyuruh mereka berpura-pura berlakun seperti orang asing yang ketakutan. Apabila terserempak dengan pihak berkuasa dan penguatkuasa mereka hendaklah melarikan diri supaya kelihatan kerajaan bertindak dan mereka adalah pendatang haram. Sebenarnya mereka layak mengundi dengan kad pengenalan misteri yang diberi oleh BN dan dapat bantuan kewangan,  cerita mereka sambil tersengih-sengih.
 Itulah buah menyokong BN sipembohong dan penipu yang boleh dianggap sebagai pengkhianat dan pembelot kepada bangsa sendiri. Mengikut adat Melayu  jika dinilai pada zaman keagongan Empayar Melayu, tentu sekali tokoh-tokoh UMNO dan BN seperti ini telah dihukum pancung!!

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Friday, January 27, 2012

Antara Wajah Tokoh-Tokoh PAS dan UMNO

Antara Wajah Tokoh-Tokoh PAS dan UMNO

Ambil sahaja gambar atau foto potret terbaik semua YB PAS dan semua YB UMNO kemudian disusun di satu sudut dan renung-renungkanlah. Anda akan mendapati suara hati anda bercerita atau setidak-tidaknya berkata-kata. Sama ada benar atau anda yakin, itu adalah terpulang kepada hakim akal anda. Ini bukan spekulasi Tun Sheikh tetapi setidak-tidaknya Tun Sheikh dengan jujur memberi komen terhadap suara hati Tun Sheikh sendiri. Tun Sheikh dapat merumuskan bahawa 80% wajah tokoh-tokoh UMNO baik-baik belaka dan mempunyai tanpan yang bergaya, kacak dan cantik serta bersih airmuka mereka. Berbanding dengan YB PAS, 80% wajah mereka adalah wajah-wajah kampong yang sering menjadi lelucon kepada kepimpinan UMNO sehingga dalam akal budi kebanyakan pemimpin UMNO bahawa kepimpinan PAS memang tidak berwibawa. Orang moden kata wajah mereka tidak nampak cerdik.

Kalau dinilai dengan ilmu kemanusiaan memang begitulah hasil keputusannya bahawa tampang yang jelek tidak menampakkan keyakinan diri. Tentu sekali pemimpin UMNO telah menang satu point dari segi penampilan wajah. Ini belum lagi dikira dari segi penampilan pakaian dan gaya berjalan dan gaya pertuturan dan harta benda. UMNO pula sudah lengkap dengan segala persediaan termasuk memiliki penasihat professional bertaraf antarabangsa. Mereka menggunakan duit rakyat untuk menaiktaraf diri mereka sehingga mereka terlupa bahawa pemikiran mereka sudah dipengaruhi atau telah ditawan oleh penasihat antarabangsa mereka.

Kalau dirujuk kepada tokoh PAS pula, mereka berasa bersyukur dan redha dengan wajah dan tampang yang dikurniakan oleh Tuhan kepada mereka. Mereka tidak menghina seseorang insan yang berwajah hodoh tetapi melihat akhlak mereka. Jika mengikut atau dengan perkataan lain sesuai dengan sunah atau alim dengan syariat maka mereka memuji kebesaran Allah Swt dan jika hodoh mereka menunjukkan simpati dengan iringan doa sebagaimana tuntunan akhlak orang yang beragama. Kepada yang kacak dan cantik tetapi berakkhlak buruk dan jahat mereka tidak segan silu menegur mereka dengan keras jika cara yang berhemah tidak dipedulikan. Itulah panduan dan kayu ukur yang mereka pakai. Maka itulah sebabnya di sana sini kita mendengar kebanyakan mereka menggunakan perkataan yang keras seperti memaki-hamun. Jika kita tidak faham erti berhemah sudah tentu kita percaya dan menyebelahi kumpulan orang yang menganggap mereka sesat kerana berlatar belakang agama tetapi tidak berbudi bahasa. Tambah pula disekeliling kita gema propaganda dan retorik UMNO begitu berpengaruh. Maka sudah tentu secara sedar atau tidak kita pun menjadi UMNO atau bersetuju dengan mereka.

Bagi Tun Sheikh pula apabila dibelek-belek gambar atau foto pemimpin PAS, terasa seperti kelihatan atau tergambar bahawa mereka memiliki jiwa yang besar. Airmuka yang keruh kerana sering diperlekeh tetapi ketegapan mereka berdiri di atas prinsip agama yang tidak mudah diubah-ubah menunjukkan betapa kuatnya mereka memegang amanah Allah. Tidak seperti UMNO yang sering mencipta peraturan dan mengubah perundangan tetapi dapat ditukar-tukar mengikut selera dan kesesuaian serta menggunakan kuasa penolakan apabila terkena di batang hidung sendiri. Ini adalah salah satu tanda dan merupakan ciri penyelewengan yang terpapar di wajah mereka.

Bercakap mengenai buah fikiran atau pandangan pula, nampaknya pemimpin UMNO sekata mengikut kehendak ketua atau tokoh pimpinan atasan mereka. Mereka tidak bebas atau tidak dapat membantah meskipun kepada perkara yang kecil dan mudah yang tidak benar. Jika hitam dikata putih dan diarah mengatakan putih maka mereka akan menuruti arahan atasan. Hal ini menjadikan mereka seperti pemimpin dungu yang tidak patut kita angkat ke depan kerana mereka tidak cerdik. Dan apabila disiasat kita akan mendapati bahawa mereka dicucuk hidung dalam keadaan terpasa tetapi suka asalkan kedudukan dan nikmat dunia yang didapati berterusan. Jauh daripada itu, mereka adalah pemimpin berperangai badut yang berjiwa kecil dan kerdil.

Apabila kita menjadi hakim tidak rasmi dalam perdebatan mengenai sesuatu isu, kita akan dapati pemimpin PAS begitu berani dan lantang. Hujah mereka bernilai global dan universal berbanding pemimpin UMNO yang bungkam kecuali dengan alasan dan hujah kampungan. Apabila kita menyelidik mengapa pemimpin PAS agak jauh ke depan, kita akan dapati bahawa sumber pegangan dan panduan mereka adalah Al Quran dan Sunah. Mereka bijak dan terpelajar menyelaraskan keadaan semasa dengan sumber rujuk yang telah ada, tepat dan sesuai untuk manusia. Pemimpin UMNO seolah-olah mengetahui tentang ini tetapi tidak berani bersuara kerana khuathir keistimewaan dan nikmat menjadi YB UMNO akan ditarik pemimpin atasan.

Akhir sekali ingin Tun Sheikh rumuskan agar kita jangan terpengaruh dengan wang ringgit dan ketampanan seseorang tokoh atau ketua. Apabila mereka curang dan menyeleweng dan tidak berani mengatakan benar kepada yang benar maka mereka perlulah ditukar ganti. Tetapi jika kita mendapati seseorang tokoh atau ketua itu adalah seorang yang bertakwa kepada Allah yang mencipta kita dan dunia ini maka hendaklah kita dengar dan patuhi.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Putrajaya 22.12.2012

 
Copyright 2009 Minda Politik
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere