Saturday, April 20, 2013

Hari Penamaan Calon PR 13 2013



Hari Penamaan Calon PR 13 2013

Hari ini 20 April 2013 ialah Hari Penamaan Calon PR13 dan Alhamdulillah boleh dikatakan telah berjalan lancar meskipun terdapat beberapa insiden  di sesuatu tempat di mana SPR kelihatan seperti bias dan memberi  tekanan kepada calon bebas dan pembangkang. Apa yang menarik,  segala strategi dan tipu helah politik AMNOBN telah dapat dibaca oleh Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana ramai pakar strategi AMNOBN yang bijak-bijak banyak yang telah berpaling tadah dengan meninggalkan AMNOBN dan menyertai barisan pembangkang gara-gara pandangan dan sumbangan mereka tidak dihargai. AMNOBN begitu sombong dan angkuh  gara-gara pengaruh kuasa politik dan kuasa wang. Pakatan Rakyat menjadi begitu mantap apabila semuanya begabung membuat penelitian dan membaca strategi lapuk AMNOBN segaligus mematahkan setiap langkah dan strategi licik mereka.

Pandangan pakar strategi politik yang dapat membaca dengan tepat dan sangat mengaibkan AMNOBN ialah kedudukan sipengkhianat bekas peguam DS Anuar yang dicalonkan di Shah Alam dan kedudukan ketuanya yang dihina oleh kepimpinan AMNOBN yang membiarkan beliau mencalonkan diri sendiri di Pasir Mas sebagai calon bebas. Kemudian dibiarkan menjadi calon bebas tanpa  cabaran BN. Pada hakikatnya, hal ini sangat tidak disenangi dan tidak dipersetujui majority oleh penyokong dan perwakilan serta calon-calon YB AMNOBN.

Apa yang sangat menarik, ramai penyumbang sama ada perkhidmatan mahu pun yang telah berjasa kepada barisan AMNOBN telah keluar dan menjadi calon bebas sebagai tanda memprotes. Kebanyakan mereka tidak berpuas hati kerana campur tangan pelbagai entity termasuk bekas-bekas PM dan Mama Emelda isteri PMajaib. Mereka juga tidak berpuas hati budaya rasuah yang telah melampau yang diamalkan oleh AMNOBN. Mereka sendiri sering mengingatkan pucuk pimpinan AMNOBN supaya serius memerangi budaya rasuah tetapi terus membisu dan mengabaikannya kerana amalan rasuah telah menjadi suatu  norma system politik yang telah mendarah daging yang sangat menguntungkan.

Akar umbi sendiri telah berkali-kali mengangkat agar  isu pengamalan dan budaya rasuah ini dibincangkan secara serius tetapi sering ditutup dan dialihkan ke isu lain yang segaja diperbesar-besarkan. Di waktu yang sama rakyat saban hari disuapkan dengan berita penolakan pembangunan oleh Pakatan Rakyat yang dituduh sebagai anti estasblisment atau anti  pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan AMNOBN. Mereka kelihatan seperti begitu cergas dan kerap menyuapkan ke mulut rakyat dengan paksaan mengatakan AMNOBN adalah tuan kepada pembangunan yang berjaya .

AMNOBN tidak perasan dan percaya bahawa rakyat telah muak dengan suapan itu kerana mereka tidak menafikannya. Apa yang dipersoalkan rakyat bukanlah pembangunan yang berjaya tetapi budaya rasuah yang berlaku dalam segala projek pembangunan itu. Mereka menuntut budaya rasuah dihentikan dan jangan dimasukkan atau diamalkan dalam kos projek sesebuah pembangunan. Sebenarnya AMNOBN bukanlah tidak tahu mengenai isu rasuah dan budaya rasuah dalam setiap projek pembangunan tetapi itulah sumber dan pendapatan mereka untuk menjadi cepat kaya dengan mudah. 

AMNOBN begitu sombong dan angkuh menguar-uarkan kejayaan mereka membangun Negara dan tidak mempedulikan tuntutan rakyat supaya menghapuskan budaya rasuah. Hal ini sangatlah sulit untuk dilaksanakan AMNOBN kerana melibatkan semua peringkat kepimpinan tertinggi sehinggalah ke akar umbi. Sehubungan itu, memang tiada erti apa-apa jika AMNOBN terus berkuasa meskipun mereka mencalonkan muka baru kerana budaya rasuah telah menjadi dasar pentadbiran dan pemerintahan mereka. Masalah besar ini bukanlah tidak diketahui oleh mereka tetapi mereka memang suka dan tidak mahu mengatasinya. 

PMAjaib beberapa kali coba mengambil hati rakyat dengan memohon maaf dan merayu agar rakyat  memberi beliau memberi mandate dan peluang memerintah bagi meneruskan projek transformasi nasional tetapi apabila dimajukan persoalan rasuah beliau bungkam. Beliau tidak dapat bertegas untuk membasminya kerana diri beliau sendiri telah terlibat begitu jauh sehingga mengaitkan beliau ke mahkamat dalam mahupun luar negeri yang sangat memalukan Negara. Jika budaya rasuah tidak mahu dibasmikan maka tiadalah bererti apa-apa kecuali AMNOBN harus diganti dengan kerajaan baru.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Bank Negara KL 20.4.2013

Monday, March 11, 2013

Isu Tentera Sulu Di Lahad Datu Sabah


Isu Tentera Sulu Di Lahad Datu Sabah

Beberapa kenalan veteran UMNO yang masih taksub dengan UMNO dan yang telah berubah haluan menyokong Pakatan Rakyat dan beberapa veteran politik yang telah menjadi kumpulan atas pagar meminta Tun Sheikh bercerita sedikit tentang isu Tentera Sulu di Lahad Datu. Ini adalah kerana Tun Sheikh dikatakan mendapat maklumat dari banyak sumber termasuk dari alim ulamak yang memantau dengan basirah. Agak gelak juga hati kerana pandangan mereka terhadap Tun Sheikh seperti  itu. Ada juga kata Tun Sheikh ada maklumat  dari alam gaib kerana banyak berkawan dengan orang yang ada dampingan   jin terutamanya dari kelompok bomoh-bomoh, guru-guru persilatan dan dukun. 

Tersenyum sendiri Tun Sheikh dan keyakinan Tun Sheikh memang menebal mengatakan orang UMNO dan Melayu UMNO ini dan Melayu yang dipengaruhi UMNO ini memang jenis taklid dan mudah percaya kepada kuasa jin dan hantu syaitan. Sudah banyak kali Tun Sheikh sebagai kenalan dan sahabat meminta mereka peka sedikit mengenai perbezaan antara adat Melayu yang diamalkan yang menyalahi dan bertentangan dengan syariat Islam dengan adat Melayu yang tidak bertentangan dengan syariat agama.

Oleh kerana perkara ini agak sensitif , maka hujah yang Tun Sheikh kemukakan ini memang tidak boleh dipegang kecuali sekadar dijadikan maklumat dan penceritaan sahaja kerana ia adalah kesimpulan dari ke semua sumber di atas tadi untuk memenuhi permintaan sahabat handai para veteran itu tadi. Yang hak dan kebenaran hanya dari Allah dan Allah mengetahuinya. Adalah diharap para pembaca berpegang teguh kepada Quran dan Hadis agar segala yang kelabu dapat diterangi dengan kefahaman ilmu dan iman.

 Objektif kita adalah pengabdian diri kepada Allah yang telah mengangkat kita menjadi khalifah  mengurus bumi ini dengan peraturan yang telah ditetapkanNya. Allah menjadikan kuasa ikhtiar memilih kita, sama ada hendak menggunakan ketetapan dan petunjuk Allah atau memilih untuk menggunakan akal dan kemahuan sendiri. Di akhir kalam nanti semua itu akan ditanya dan diminta pertanggungjawabkan oleh kita sendiri dan akan dibalas dengan hukuman yang setimpal dan adil kerana kita hanyalah hamba yang diberi amanah.

Pada dasarnya peristiwa Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu adalah kifarah, bala dan hukuman disamping dugaan dan rahmat serta petunjuk dari Allah. Mereka adalah pejuang berjiwa kebangsaan yang memahamkan diri selaku orang yang dizalimi dan berjuang menuntut hak dan maruah dan juga kerana agama iaitu Islam. Mereka berbuat begitu kerana tidak mahu tunduk kepada kerajaan kafir kristian Filipina dan perjuangan mereka bukan baru bermula tetapi sejak kedatangan pedagang asing kufar  dahulu dari abad ke 16 sehinggalah sekarang. Mereka gagal dan kalah dalam peperangan. Tetapi penentangan mereka berterusan. Mereka berjaya dikalahkan kerana mereka berjaya dipisah dan dipecah-belahkan dan dasar pecah dan perintah ini bukanlah milik British tetapi strateji ini adalah milik semua tentera dari segala bangsa manusia dan juga jin.

Faktor agama sebenarnya semakin kelam dan hanya dijadikan tarikan untuk mendapat bantuan serta sokongan dari dalam dan luar. Faktor agama tidak menjadi agenda utama kerana kemantapan ilmu dan iman golongan pejuang tidak mendalam. Meskipun mereka mengaku sebagai pejuang kerana agama tetapi pada realitinya adalah kerana kepentingan bangsa, harta dan dunia. Kesilapan besar ialah mengaku sebagai satu kelompok samada bangsa atau keturunan. Penceroboh Sulu mendakwa mereka keturunan Suluk dan objektif utama menceroboh Sabah adalah menuntut Negara atau tanah pusaka nenek-moyang yang telah dikalahkan iaitu Kesultanan Sulu.

Di pihak Malaysia pula, Sabah adalah jelas di bawah daulat kenegaraan kita kerana pilihan rakyat Sabah pada 1963 untuk sama-sama Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, dan Sarawak menubuhkan sebuah Negara bangsa berdaulat dan merdeka iaitu Malaysia telah disah serta mendapat pengiktirapan dunia melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maka dengan sendirinya kaum Sulu yang menganggap diri mereka masih berkerajaan atau bersultan mempunyai hak terhadap Sabah terluput sesuai pula dengan keadaan kewujudan mereka di Filipina juga tiada dan tidak wujud. 

Dalam ertikata lain jika sekiranya mereka memang pernah wujud tetapi kini telah dinapikan kerana kalah dalam peperangan atau politik penguasaan sesebuah Negara bangsa. Orang Sulu telah bergabung dengan Orang Moro di Mindanao menuntut kemerdekaan dengan menggunakan faktor geograpi dan agama Islam tetapi tidak dipedulikan dan diiktiraf oleh kerajaan Filipina merdeka kerana kesemua kepulauan telah disatukan sebagai sebuah Negara berdaulat iaitu Filipina sekarang. Maka penentangan dan ketidaksetujuan ini mendorong penduduk Pulau Mindanao yang berasal dari satu keturunan dan agama Islam telah memberontak tetapi berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa Filipina. 

Akibat seterusnya ialah perjuangan dengan senjata dan menentang dengan taktik gerila sehingga lebih 150,000 jiwa mati dalam tempuh 40-50 tahun. Akhirnya kerajaan Filipina terpaksa bersetuju untuk berdamai dengan memberi kuasa otonomi kepada Mindanao dalam kerajaan Filipina. Perjuangan Bangsa Moro untuk mendapatkan kemerdekaan melalui perundingan dan perjanjian yang melibatkan PBB sudah kelihatan mustahil.

Pada waktu yang sama Malaysia telah berjaya ditarik dan dipengaruhi oleh kedua pihak yang bertelagah hingga yakin dan sanggup menjadi orang tengah. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak mahu dan juga tidak sanggup memikul beban akibat peperangan kerana beban dan tangungan pelarian yang datang bukannya mudah dan murah.  Sempadan di Sabah pun dibuka dengan toleransi yang tinggi. Orang pelarian yang rata-rata beragama Islam diberi kebebasan berusaha mencari pekerjaan untuk menyara hidup sendiri supaya tidak mebebankan ekonomi Negara. Mereka dijana untuk membantu memperbaiki ekonomi Negara secara tidak langsung. Kerajaan seolah-olah tutup mata terhadap kegiatan ekonomi yang mereka lakukan. Aktiviti penyeludupan sudah menjadi kehidupan harian. Keadaan ini sangat tidak stabil apabila dibandingkan dengan nasib anak watan sendiri. Politik UMNOBN mula goyah malah Sabah menjadi negeri pembangkang di bawah Pairin Ketingin.

Pairin berjaya dijatuhkan dengan begitu dramatis tetapi idea beliau untuk meresapkan pendatang Sabah untuk menjadi rakyat Sabah dipersetujui bagi memastikan keadaan Sabah stabil dan terkawal tanpa menyedari bahawa Pairin dan ahli keluarga dan juga orang besar Sabah juga berasal dan berketurunan  Kesultanan Sulu yang pernah wujud suatu ketika dahulu sebelum dijajah oleh orang asing atau pedagang dari Eropah. Perkara yang membedakan Pairin dan penyokong mahupun orang-orangnya ialah fakta agama yang sangat dikhuatiri oleh Melayu UMNO yang selalu bersangka buruk kepada pemimpin bumiputera beragama Kristian.

Apabila ratusan ribu orang  berketurunan Sulu mendapat kerakyatan mudah Malaysia dan  tidak menikmati keistimewaan dan kenikmatan yang dikecapi oleh Bangsa Moro yang telah menguasai Pulau Mindanao, walau hanya otonomi dan beranggapan pula bahawa sebenarnya merekalah yang berhak dan layak di Mindanao bukan Bangsa Moro kerana Mindanao juga didakwa sebagai milik Kesultanan Sulu, maka mereka mengubah hala perjuangan ke Sabah. Mereka tahu dan yakin mereka tidak akan dapat menandingi bangsa Moro yang telah berkuasa tetapi mereka boleh meminta bantuan atas dasar mengenang budi ketika berperang dengan kerajaan Filipina. Mereka juga melihat kerajaan Malaysia sama ada terlalu baik atau sebenarnya lemah. Keadaan politik semasa juga menggambarkan rakyat Sabah mula menolak UMNOBN yang rasuah. Mereka juga maklum bahawa bangsa keturunan mereka di Sabah telah majoriti. 

Fakta ini semua telah menambah keyakinan mereka, walau pun hanya dibandingkan  dengan semangat dan keberanian berperang yang mereka miliki. Mereka juga melihat suasana pengaruh politik Malaysia sedang berubah. Pihak UMNOBN dan Pakatan Rakyat telah membuat kesilapan dengan menjanjikan sesuatu yang telah disalah mengertikan. Mereka juga sengaja mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dan menuntut Sabah. Harapan mereka, penentangan dan krisis ini akan berlarutan dan berpanjangan sehingga memaksakan PBB, Amerika atau sesiapa yang berkepentingan akan turut campur tangan. Maka penceroboh pun dihantar bagi mengkerahkan dan mempengaruhi orang-orang Sulu sebangsa dan seketurunan untuk bergabung. Mereka mengetahui banyak kelemahan kerajaan Malaysia. Mereka mengetahui banyak selok-belok keadaan dan tanah-tanih, bentuk muka bumi Sabah. Dan fakta yang memihak mereka ialah memiliki kad pengenalan kewarganegaraan Malaysia.Tujuan mereka hanya satu. Jika semuanya campurtangan,  sama ada mereka dapat Sabah yang merdeka atau Sabah yang Otonomi. 

 Apa yang akan dapat mengubah dan menyelamatkan Sabah ialah sebuah kerajaan yang peka kepada rakyat dan keadilan tanpa rasuah dan kroni mahupun nepotism. Yang menggagalkan rancangan Keturunan Sultan Sulu ialah penduduk Sabah sendiri yang tidak memberi  kerjasama sepenuhnya. Mereka telah berasa kesenangan hidup dan tidak sebagai pelarian. Mereka hanya merasa pembangunan dan bantuan  dari kerajaan Malaysia adalah lambat kerana budaya rasuah. Manakala pihak kerajaan dilihat sedang berhayal dengan candu kemewahan hasil rasuah tetapi mempunyai alasan wajar kerana masih mencurigai kesetiaan rakyat pendatang.

  Sahabat-sahabat  Tun Sheikh tidak berpuashati dengan keterangan ini dan terus bertanya , ‘ ANGKARA SIAPAKAH INI?’  Tun Sheikh mengatakan bahawa ini adalah angkara semua sebagai bala, ancaman, dugaan dan peringatan serta hikmat mahupun nikmat dari Tuhan. Sesiapa yang memalingkan diri dari tali Allah, maka dialah yang celaka! Syaitan-syaitan manusia di luar sana sedang menunggu peluang agar Malaysia porak-peranda. Mereka menunggu waktu dan hari yang sesuai untuk menguasai kekayaan kita. Mereka bukan orang Filipina mahupun jiran tetangga kita. Tetapi mereka adalah syaitan manusia dengan bala tentera yang bersiap siaga untuk masuk menipu dengan budi kebaikan. Mereka bertopeng menjadi polis dunia dengan ikon Yahudi. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah telah memberi  petunjuk dan memberi peringatan bahawa, musuh kita yang nyata ialah Yahudi manakala musuh gaib yang nyata ialah iblis. Maka akan menjadi tawanan mereka, semua manusia jika petunjuk Allah diabaikan.!!

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kuala Lumpur 10.3.2013

Monday, January 21, 2013

SEJARAH PENGARUH DAN ACUAN SULTAN: SULTAN-SULTAN MELAYU PERLU DISUNATKAN


SEJARAH PENGARUH DAN ACUAN SULTAN: SULTAN-SULTAN MELAYU PERLU DISUNATKAN

Semenjak era Tun Dr Mahathir, cerita dan karenah sultan-sultan dan para kerabat istana yang negatif sering terpapar sehingga rakyat berjaya dipengaruhi dan menyokong rancangan tersirat beliau untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Jika diambil fakta  latar belakang dan sejarah perjuangan Dr. Mahathir sejak di alam persekolahan, beliau memang tidak menggemari golongan berdarah kerabat diraja kerana dianggap tidak bertanggungjawab serta lalai terhadap nasib rakyat. Kerabat diraja dianggap penyebab orang Melayu mundur dan terkongkong dengan kepercayaan kepada daulat, tulah dan tidak boleh menderhaka.

 Sejak sebelum pendudukan Jepun,  sebenarnya  isu sultan dan raja-raja Melayu yang tidak menghiraukan rakyat kerana telah menyerahkan segala hal pentadbiran kepada Inggeris telah dibincang hangat dalam akhbar-akhbar.Tokoh wartawan atau penulis yang berani dan menjadi idola dan model dalam mengkritik kealpaan raja-raja dan kerabat mereka ialah Dato’ Onn Jaafar. Beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang pantas membongkar dan penulisannya sangat dipercayai dan berpengaruh kerana beliau membesar di istana.

 Kerabat diraja dianggap kelompok elit yang tidak berguna malah menyusahkan. Nama dan kedudukan mereka telah  digunakan oleh penjajah bagi memaksa dan menggerakkan keinginan penjajah  kepada rakyat jelata. Pada kenyataannya  raja-raja dan para kerabat dianggap hidup dalam alam mereka sendiri yang sengaja diangkat dan dijaga oleh Inggeris sebagai berprestij tinggi  dengan niat mempergunakan mereka untuk menjajah rakyat. Para kerabat istana telah dibentuk mengikut acuan penjajah sehingga mereka  berfikir dan menyangka bahawa mereka berkuasa dan hebat di sisi penjajah yang berselindung disebalik istilah  penanung dan penasihat. 

Terdapat catatan dan fakta sejarah dimana Dato’ Onn telah dipujuk oleh pembesar Johor supaya tidak menolak sultan. Abang angkat beliau iaitu Dato’ Wan Idris Wan Ibrahim misalnya adalah orang kepercayaan Sultan Ibrahim Johor dan sahabat karib bahkan saudara angkat beliau iaitu Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail ibni Sultan Ibrahim, pernah meminta dan memujuk Dato’ Onn jangan menolak kesultanan Melayu kerana telah menjadi lambang kedaulatan, tamaddun dan sebagai penaung agama Islam dan kebudayaan  Melayu sejak turun temurun. 

Apabila Dato’ Onn bersetuju untuk tidak mengucilkan kedudukan raja-raja Melayu, beliau telah dijauhi oleh Dato’ Abdul Rahman Mohd Yasin dengan para pengikut dan ahli-ahli persatuannya iaitu Pesatuan Melayu Johor. Dato’ Abdul Rahman yang berasal dari Muar ialah seorang pembesar Johor  yang liberal dan moderat. Beliau tidak suka pemikiran Melayu ditakuk lama yang  feudal. Beliau yakin orang Melayu akan bertambah maju melalui pendidikan dan bukan lagi bergantung kepada raja. Orang Melayu mesti berani membebaskan diri daripada kongkongan minda feudal. Beliau berjuang memberi  kefahaman kepada masyarakat supaya bersatu padu menuntut kebebasan dan kemerdekaan dan memerintah tanpa raja.

Apabila Dato’ Onn bersetuju untuk mengekalkan kedaulatan raja  hanya secara perlambangan dalam perjuangan beliau menentang Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, Dato’ Abdul Rahman dengan keluarga besarnya yang berpengaruh bersama-sama pengikut beliau telah memberi  kerjasama tetapi tetap tidak menganggotai UMNO. Mereka hanya menganggotai UMNO pada tahun 1951 setelah Dato’ Onn keluar daripada UMNO. Dato’ Abdul Rahman Mohd Yasin telah dipujuk oleh YM Tunku Abdul Rahman Putra demi  perpaduan dan kepentingan Melayu yang sungguh bersemangat mencita-citakan kemeredekaan ketika itu.

Setelah merdeka, fungsi dan peranan raja-raja Melayu sebenarnya berjaya ditekan. Dalam perlembagaan, kuasa raja adalah tertinggi dan pada gambarannya raja-raja Melayu adalah tunggak kedaulatan dan kekuasaan yang di ketuai oleh Yang DiPertuan Agong. Pada hakikatnya, kuasa Seri Paduka Baginda ini diuar-uarkan sebagai perlambangan sahaja. Jika dikaji secara mendalam, UMNO atau kerajaan Perikatan dan BN ketika ini telah mengambil alih kuasa penjajah dan memerintah atas nama raja Melayu. Raja Melayu hanya sebagai lambang dan mereka diberi segala kemudahan dan pelbagai keistimewaan supaya tidak mengganggu dan campur tangan dalam urusan pentadbiran kecuali dalam soal adat, agama dan kebudayaan.

 Pada hakikatnya dalam soal agama ini juga para raja-raja Melayu mendapat tekanan sehingga urusan pentadbirannya juga diserahkan kepada majlis-majlis agama yang dipengaruhi oleh kuasa ekserkutif menteri kabinet. Apabila para sultan dilihat aktif dan cuba campurtangan, aib-aib mereka dan kelalaian mereka dibongkar oleh kerajaan UMNOBN. Jika sultan kelihatan cenderung kepada agama atau menguntungkan pihak pembangkang, mereka akan ditekan dengan pelbagai  tokmahan yang dianggap tidak patut dizahirkan oleh para sultan. Jika kerajaan UMNOBN sendiri hilang pengaruh rakyat terutamanya daripada kalangan masyarakat Melayu, mereka akan menggunakan sultan untuk kepentingan mereka.

Maka sejak merdeka hingga ke hari ini rakyat hanya terdedah dengan perlakuan sultan dan kerabat baginda yang hanya berkisar dalam keluarga baginda atau hal-hal peribadi sahaja. Tentunya kita tidak lupa cerita sultan melarikan kereta mewah untuk menggelak cukai, sultan atau kerabatnya berkhwin dengan orang kebanyakan atau artis, sultan atau kerabat baginda sibuk bersukan, ada juga cerita anak sultan atau sultan sendiri memukul petugas dengan kayu hoki atau kayu golf, sultan atau kerabatnya buat hal atau bergaduh di kelab-kelab, sultan gering, sultan mangkat, upacara kenaikan tahta, perlantikan tengku mahkota atau raja muda, sultan melakukan lawatan diraja, melancong atau berziarah di bulan puasa,  sultan, anakanda atau kerabat yang cuba merampas tahta, percubaan melanggar atau meminda perlembagaan negeri, sultan atau kerabat merampas atau menuntut harta waris, sultan menampar rakyat atau pembesar dan pelbagai cerita dan karenah. Semuanya tersibar  dan diuar-uarkan dengan tujuan tertentu.

Pihak istana, sultan dan para kerabat juga sering dipergunakan oleh UMNOBN apabila terasa pengaruh mereka terancam. Ketika hal ini berlaku kelihatan sangat sultan tiada kuasa kerana memberi  kenyataan yang memihak kepada kerajaan. Kadang-kadang kenyataan dari istana kelihatan begitu bias dan ada juga berciri dunggu kerana niat dan tujuan jahat  kerajaan tidak dapat dikesan oleh sultan dan para kerabat  yang selama ini seolah-olah terhutang budi kepada kerajaan kerana menyediakan kemewahan hidup dan memastikan keistimewaan mereka. Sultan Selangor, Sultan Pahang, Sultan Perak, Sultan Johor malah boleh dikatakan semua sultan tidak ada yang terlepas dari perangkap dan penipuan yang dimainkan oleh pihak kerajaan ke atas baginda atas nama daulat atau jangan menderhaka.

Oleh kerana telah ramai sultan yang telah mula mendapat penasihat agama yang ikhlas dan dari orang yang ahli sebenarnya, maka adalah sangat baik dan sesuai agar para sultan dan para kerabat yang dimuliakan diberi didikan sejak kecil terhadap agama dan dididik supaya mengikut sunnah. Jangan biarkan mereka seperti dahulu yang telah dipaksakan mengikut acuan penjajah sehinggalah sekarang. Maka itulah maksud perkataan Melayu "disunatkan" (sunah) apabila kita mahu mereka menjadi sultan-sultan Melayu yang hebat, mulia  dan mengamalkan budaya dan agama Islam disamping tidak mengenepikan kebudayaan dan adat Melayu yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

Usaha penekanan terhadap amalan dan pengetahuan Islam adalah sangat penting diterapkan kepada bukan sahaja para kerabat istana tetapi penekanan dan perancangan awal hendaklah ditumpukan kepada bakal menjadi sultan sebagaimana apa yang telah dilakukan oleh penjajah atau pemerintah kafir dalam sesebuah Negara Islam. Malah ada catatan sejarah dimana bakal sultan yang masih peringkat janin lagi telah dijaga dan dibentuk dan dipastikan lahir dan membesar mengikut acuan mereka.

Sudah sampai masanya perundangan Islam dikuatkuasakan kerana Negara ini adalah Negara Islam mengikut perlembagaan ditambah pula undang-undang Islam ini tidak akan mendatangkan masalah kepada rakyat yang beragama lain kerana ia tidak dikuatkuasakan kepada mereka. Apabila semua sultan dan kerabat baginda telah faham dan mengamalkan budaya agama dan terdidik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang tidak bertentangan dengan Islam, maka adalah wajar kuasa ekserkutif mereka dikembalikan dan ditadbir oleh majlis syura atau ulama selaku penasihat mutlak dan pada waktu yang sama tidak perlu ada kekuatiran atau perlu bimbang jika jawatan perdana menteri boleh juga dijawat oleh bukan Melayu mengikut perlembagaan Negara.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Parlimen KL 18.1.2013
 
Copyright 2009 Minda Politik
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere