DILEMA TALAM 2 MUKA RAKYAT JOHOR MESTI
DIBERSIHKAN PAKATAN RAKYAT
Ketika
balik kampong minggu lepas (23/11/2012), Tun Sheikh berkesempatan mengikut satu
kumpulan pengkaji perkembangan politik oleh sebuah NGO di Muar dan Batu Pahat.
Daripada statik yang dibekalkan iaitu statik bancian kependudukan dari Jabatan
Perangkaan Negeri Johor (2010), penduduk
atau rakyat Johor terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu 48%, Cina 40%,
India 8% dan lain-lain bangsa 4%. Dari keseluruhan penduduk bangsa Melayu Johor
itu, suku Jawa merupakan suku terbanyak iaitu 50%, Melayu Johor 30%, Bugis 12%
dan lain-lain suku Melayu seperti Banjar, Orang Seletar dsb 8%.
Sebut
suku Jawa Johor, sebenarnya merekalah tunjang kekukuhan politik UMNO Johor.
Mereka sangat setia kepada kerajaan kerana faktor sejarah kedatangan mereka.
Mereka telah diberi bantuan dan kebebasan
membuka kebun dan kedatangan mereka untuk mencari pencarian hidup di Negeri
Johor adalah digalakkan kerajaan ketika itu. Mereka adalah pekerja atau
pendatang yang sangat rajin dan telah menjayakan pembangunan yang dirancangkan
oleh kerajaan Johor terutamanya dalam bidang pertanian. Apabila persatuan
Melayu diseru agar bersatu oleh Dato’ Onn pada tahun 1946, dan mereka telah diminta
bersatupadu sebagai rakyat Johor berbangsa Melayu dari suku Jawa, mereka segera menyaut seruan dan sama-sama
memainkan peranan.
Keadaan
sosial sebelum Zaman Jepun dan Merdeka dimana orang Jawa dianggap sebagai suku
bertaraf kelas ketiga atau bawahan selepas Melayu Bugis dan Melayu Johor, malah kerap dianggap sebagai orang asing
kerana datang dari pulau Jawa, telah mempengaruhi pola hidup kemasyarakatan
mereka. Mereka tidak banyak bergaul dengan orang Melayu atau bangsa Melayu dari
suku lain kecuali dengan sesama sendiri. Hanya ketua mereka yang berhubungan
dengan ketua-ketua orang Melayu yang terdiri daripada penghulu dan orang-orang
kaya yang bertindak sebagai wakil raja memerintah di sesuatu kawasan yang di
tauliah oleh sultan kepada mereka.
Ramai
yang ingin mengeluarkan diri dari kepompong persepsi Melayu. Mereka berusaha membuktikan diri mereka hebat dan mempunyai
kebudayaan yang istimewa. Ramai juga telah berkahwin campur dan menghilangkan identiti
Jawa mereka. Pengorbanan mereka berhasil
tetapi pada zaman sekarang mereka tidak
perlu lagi berkorban seperti itu. Mereka tidak perlu lagi berasa malu dengan pertuturan
Jawa atau dialek Melayu yang kejawaan kerana begitu pekat pengamalan budaya
Jawa mereka sebab mereka telah diterima umum sebagai bangsa Melayu dari suku
Jawa.
Ketika
ini, pola taburan kependudukan suku Jawa walaupun sudah
berubah tetapi mereka masih dapat dikenali dengan ciri kedudukan kampong mereka
yang biasanya agak jauh dari bandar besar. Mereka telah diterima dalam
masyarakat malah dihormati dan menjadi sebahagian daripada lapisan masyarakat
tanpa mengkalasifikasikan mereka seperti sebelum merdeka dahulu. Walau pun
begitu, majoriti pekan dan perkampungan orang Jawa yang bertaburan di seluruh
Johor masih membawa ikon Jawa. Perbedaannya hanya dari segi status sosial ekonomi
kerana mereka boleh dikatakan setanding dan berkemampuan malah banyak yang
lebih berupaya, kaya atau berada.
Jika
menilik dari golongan atau lapisan umur dalam masyarakat mereka ketika ini,
yang berusia lebih 50 tahun adalah yang sangat taksub kepada UMNO kecuali yang
tinggi pengetahuan agama dan yang bekerja sendiri sejak di usia muda. Kelompok
yang tidak terikat dengan pengaruh UMNO kelihatan begitu ceria dan makmur dari
segi minda dan kedudukan sosial mereka. Kumpulan usia di bawah 50 tahun pula, kebanyakannya berpendidikan tinggi dan
menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan mahupun dalam masyarakat, kelihatan
sedang berdilema.
Mereka mengharungi hidup tidak bebas minda kerana terasa terikat
dengan budaya menghormati orang tua yang masih taksub kepada UMNO yang dianggap
begitu berjasa kepada mereka. Realiti disebalik itu mereka berhadapan dengan arus
trafik minda yang pelbagai kerana input-input pengetahuan yang mereka garap
lebih memberi panduan kepada diri mereka terutamanya terhadap dasar dan
perlakuan UMNO yang telah melampaui batas, seperti menyeleweng dan mengutamakan
kepentingan diri, pecah amanah dan rasuah.
Haruslah
diingat bahawa kebanyakan orang Jawa yang datang ke Johor bukanlah berasal dari
keluarga yang marhein atau tidak berpengetahuan ketika di Jawa dahulu. Kebanyakan
mereka kuat beragama dan mereka terus maju di sini. Apabila UMNO pada peringkat
awal perjuangan dan penubuhannya dahulu tidak banyak mengamalkan dasar-dasar
yang bercanggah dengan agama mereka tidak bermasalah. Tidak seperti sekarang,
mereka amat gelisah dengan kebobrokan UMNO tetapi tidak mahu membantah secara
terus terang.
Sehubungan itu mereka patut diberi sokongan dan kepercayaan agar
meninggalkan UMNO yang tidak mahu lagi berubah dan tidak mahu lagi mendengar
syor-syor dan saranan mereka supaya kembali keperjuangan asal iaitu mentadbir
kuasa yang diberi dengan amanah dan adil kepada semua rakyat tidak kira
berlainan fahaman politik mahupun bangsa dan agama.
Pakatan
Rakyat atau sesiapa saja yang ingin mendapat sokongan di Johor mestilah
mengetahui faktor dalaman ini. Statik politik pula menggambarkan dari sejumlah
penduduk Melayu Johor, 40% telah menyokong kebangkitan Pakatan Rakyat. 20 %
diatas pagar yang meletakkan diri sebagai orang yang berkecuali tetapi naluri
mereka cenderung kepada kebajikan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. 30%
adalah penyokong UMNO tegar dan 10% adalah kelompok dungu atau buta politik.
Meskipun pola pemikiran kelihatan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat, tanpa
usaha yang gigih dan berterusan menyampaikan kebenaran dan kebajikan di Johor
boleh mengakibatkan keputusan pilihanraya tidak akan menyebelahi Pakatan
Rakyat.
Pakatan
Rakyat mesti bersedia dan terus berusaha menggerakkan sayap penyokong bukan
Melayunya yang terdiri dari kaum Cina yang banyak dan cenderung kepada
perjuangan DAP. Mengikut analisa rambang penganalisis politik, usaha Datuk Dr
Chua Jui Meng mesti diteruskan dalam memberi penjelasan terhadap penipuan UMNO kepada
MCA di Johor. UMNO juga mengelirukan orang Cina Johor dengan isu-isu agama
Islam dengan tujuan orang Cina tidak terpengaruh dengan perjuangan kebajikan
berpanduan agama oleh PAS. Padahal, melalui dasar agama, kebajikan dan keadilan
kemanusiaan adalah terserlah.
Jika arus perubahan dan paradigma minda orang
Cina Johor berterusan mendapat sambutan, ditambah dengan usaha bersama semua
dalam Pakatan Rakyat maka rahsia pengundi bukan Melayu yang sebenarnya menjadi
pendeposit tetap kemenangan UMNO di Johor akan terbongkar. Pakatan Rakyat akan
menang mudah jika berjaya menangani hati pengundi bukan Melayu Johor dengan
jujur , amanah dan prihatin.
Ada
satu lagi kelompok tegar UMNO Johor iaitu pemuda yang kurang berpelajaran,
cetek minda dan berterusan tersuap dengan RM meskipun nilainya amat sedikit.
Mereka kelihatan dididik oleh UMNO dengan baja samseng dan ini sebenarnya akan
menjadi pembantu kemenangan dan berluasnya pengaruh kebajikan yang disukai
orang dari segi fitrah kemanuasiaan iaitu yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Pakatan
Rakyat mesti terus bersabar menghadapi segala provokasi jahat yang akhirnya UMNO
akan terus dibenci dengan perlakuan kurang ajar para samseng mereka. Pemimpin
UMNO yang mendalangi mereka akan tersungkur dengan sendirinya apabila rakyat
menolak penyelewengan dan budaya samseng yang mereka budayakan.
Akhir sekali Tun Sheikh ingin menyeru kapada
diri sendiri dan kepada semua ; Marilah
kita kembali kepada jalan keredhaan Allah kerana Allah menjanjikan limpah
rahmatnya tidak kira kepada bangsa dan agama apa, bermula di situ!!
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Batu
Layar Pengerang , 25.12.2012