Sejarah Perjuangan
UMNO: Dari Matlamat Suci Sehingga Ke Tebing Kegelinciran
Sebelum wujud UMNO (PEKEMBAR) pada 11 Mei 1946, sebenarnya
sudah ada banyak pertubuhan dan persatuan Melayu yang telah merintis cita-cita
untuk merdeka. Pengaruh mereka luas sehingga ada yang mendapat dokongan dari
Indonesia dan juga di Britain. Peranan pejuang kemerdekaan ini telah digunakan
oleh Dato’ Onn bagi menakut-nakutkan Inggeris supaya segera membubarkan Malayn
Union. Matlamat utama perjuangan UMNO selain pembubaran Malayan Union ialah
untuk mengembalikan kedaulatan dan maruah raja-raja Melayu dan menuntut
keadilan dan kebajikan terhadap kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu.
Tekanan daripada bekas-bekas anggota kumpulan kiri Melayu telah mendesak UMNO menuntut kemerdekaan .
Hal ini telah mendatangkan masalah kepada
Dato’ Onn selaku Yang Di Pertua UMNO yang mengunjurkan kemerdekaan pada tahun 1958 iaitu 10 tahun persediaan sebelum
bekerajaan sendiri.
Dato’ Onn yakin beliau akan dapat mempengaruhi Inggeris sama
ada secara lembut, berdiplomasi atau
desakan agar mengembalikan semula hasil mashul
fizikal dan moral yang telah menyumbang keharmonian kerajaan Inggeris
dengan menuntut Inggeris mwengembalikannya kepada orang Melayu dengan memberi
latihan dan kemahiran dalam semua bidang terutamanya dalam bidang teknikal,
teknologi, pendidikan dan sains. Ini adalah kerana Dato’ Onn mengetahui
keterikatan British yang turut menandatangani Perjanjian Atlantik 1945.
Di pihak Inggeris
pula, bagi mengelakkan pengaruh mereka terpinggir, Inggeris telah merancang secara
halus memastikan kemerdekaan yang akan diberikan kepada Tanah Melayu tidak
mendatangkan masalah ekonomi dan social mereka. Inggeris telah merancang
perhubungan diantara British dan Tanah Melayu mesti dapat diteruskan seperti
biasa dalam keadaan kedudukan mereka seperti tuan atau mulia dan dihormati
lebih dari orang Melayu selaku bekas tanah jajahan. Ini adalah kerana jiran-jiran
Eropahnya seperti Belanda, Perancis, Sepanyol dan lain-lain yang terpaksa
melepaskan tanah jajahan mereka setelah bertembong atau berperang dengan anak
tempatan telah terputus hubungan di
antara keduanya. Akibatnya mereka menghadapi krisis ekonomi dan kehilangan
tempat atau negara untuk pasaran barangan dagangan mereka. Peperangan yang
berlaku dengan pribumi yang menuntut kemerdekaan telah memakan belanja yang
sangat besar sehingga hampir melumpuhkan negara asal.
Sehubungan itu, British telah membuat dasar mengelak daripada
berlaku pertempuran atau peperangan dengan menjanjikan kemerdekaan secara
diplomasi tetapi berusaha melambat-lambatkan tarikh dan tempuh untuk kepentingan
British dan kestabilan ekonomi dan masa hadapan mereka. Bagi menyakinkan anak
tempatan bahawa mereka mereka tidak mungkir janji untuk member kemerdekaan,
British telah menguar-uarkan komitmen mereka yang telah menandatangani
Perjanjian Atlantik. Perjanjian ini telah memutuskan bahawa negara-negara
takluk akan diberi hak memerintah sendiri atau kemerdekaan secara
berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan negara penjajah dikehendaki
memberi latihan dan kemahiran dalam segala bidang kepada anak tempatan ke arah persediaan
bekerajaan sendiri.
Dengan itu, British telah memilih UMNO sebagai pemangkin
warisannya bagi memastikan semua bidang dan
perusahaan yang berkepentingan terutamanya dari segi ekonomi tidak akan
merugi atau mengurangkan dari apa yang pernah didapati selama ini. Halangan
utama British ialah perwatakan dan kewibawaan Dato’ Onn selaku ketua dan
pemimpin UMNO yang sangat berpengaruh dan berwibawa. Beliau dilihat sebagai
orang yang sangat cerdik, keras kepala dan kuat kemelayuaannya serta sangat
bersemangat memperjuangkan rakyat marhein dan merupakan penghalang agenda
British. Dato’ Onn dianggap penghalang besar dan boleh mencacatkan tujuan
tersirat pemberiaan kemerdekaaan kepada Tanah Melayu. Inggeris telah berusaha sedaya
upaya mencucuk jarum dan menyibar fitnah untuk menyingkirkan Dato’ Onn dengan
menghasut Sultan Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Melayu lain. Usaha mereka secara
halus akhirnya berjaya memberi tekanan dan mengelirukan orang Melayu sehingga
Dato’ Onn dengan sendirinya ditolak oleh orang Melayu sendiri. Dato’ Onn telah
digantikan dengan YM Tunku Abdul Rahman yang dianggap begitu ideal oleh
Inggeris dalam mencapai matlamat untuk mengekalkan pengaruh mereka.
Semenjak itu, segala perancangan seperti perundangan, pembangunan
dan kemajuan social adalah mengikut acuan sistem dan prosudur British. Tanah
Melayu berjaya membangun dengan baik kerana mengutamakan bidang pelajaran dan
kesihatan dari bidang-bidang lain. Kadar buta huruf menurun dan peratus kadar
rakyat berpendidikan meningkat lebih dari 50%. Hal ini telah menyumbangkan
sumber tenaga kerja berpendidikan dan berjaya menggerakan pembangunan industry
dengan cepat dan drastik. UMNO pada dasarnya berjaya memajukan nasib dan
pembangunan orang Melayu. Malangnya kejayaan-kejayaan pembangunan fizikal tidak
selari dengan kerohanian, suatu budaya Melayu yang tinggi yang diabaikan oleh
generasi-generasi pelapis. Sehingga warisan UMNO pada hari ini sangat kelihatan lebih mementingkan
diri, tidak amanah dan mengambil kesempatan membolot kekayaan dengan cara yang
tidak bermaruah. Mereka telah meletakkan nasib UMNO di tebing kegelinciran dan
akan ditolak oleh orang Melayu banyak.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Johor Bahru 12.8.2012