JERAT DAN
PERANGKAP PERPADUAN MELAYU
Gelombang kegairahan untuk bekerjasama dan
bersatu padu Melayu Islam negara ini memang dinanti-nantikan oleh AMNOBN
sebagai satu daripada strateji untuk mengukuhkan diri semula. Isu perpaduan
segera diuar-uarkan dengan menyeluruh untuk mempengaruhi orang Melayu. Mereka
yakin isu ini memberi faedah yang besar kepada AMNOBN walaupun jika tidak menjadi kenyataan. AMNOBN
memang tidak bercadang membubarkan parti
mereka, mereka tetap akan dapat manfaat politik secara fizikal dan
saikologi. Malah mereka berjaya menggunakan isu perpaduan Melayu untuk
melemahkan PAS dengan melaga-lagakan dan memecahkan kumpulan-kumpulan pro dan
kontra dalam PAS.
Pada amnya telah terwujud empat
kumpulan besar di kalangan ahli PAS mengenai isu perpaduan Melayu Islam
Malaysia. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang tidak bersetuju untuk bersatu
dan bekerjasama dengan AMNOBN. Mereka menerima dengan yang lain kecuali AMNO.
Kumpulan kedua ialah mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan AMNO tanpa perlu
membubarkan parti. Kumpulan ketiga ialah kumpulan yang mengaku diri sebagai
kumpulan ulamak dan penyokong ulamak
yang tidak bersetuju terhadap uasaha bekerjasama dan perpaduan dengan semua
yang tidak menyokong hudud dan hokum syariah Islam sebagai undang-undang
negara. Dan kumpulan ke empat ialah kumpulan yang pasif tetapi berpendirian
setia mengikut keputusan tertinggi PAS sama ada bersetuju atau sebaliknya
mereka taat mengikut keputusan yang
diputuskan Majlis Syura.
Jika dikaji secara ilmiah peranan
yang dimainkan oleh Presiden parti, TGHA dalam isu perpaduan ini, boleh dikatakan beliau seolah-olah menyokong
semua kumpulan dan semua pandangan positif. Di satu pihak yang lain pula
menganggap beliau tiada pendiriran kerana berperanan seolah-olah seperti
lalang. Jika berjaya tentunya beliau dapat manfaatnya. Bila gagal pula
seolah-olah beliau terpelihara dan terkecuali daripada segala fitnah dan penglibatan.
Tokoh yang awal dikeluarkan dari PAS
ialah Dr Hassan dan pengikut-pengikutnya kerana dituduh sebagai pengkhianat
berikutan beberapa tindakan beliau dianggap membelakangkan keputusan Majlis
Syura. Dr Hassan dituduh telah dipergunakan oleh AMNO mengkritik perjuangan dan
kepimpinan PAS. Tokoh seterusnya dikucilkan oleh PAS ialah Ustad Nasaruddin
Timbalan Presiden PAS yang dituduh membuat konspirasi dengan pemimpin tertinggi
AMNOBN. Usaha beliau untuk bekerjasama dengan AMNOBN dianggap berkepentingan
pribadi kerana dianggap melakukannya tanpa pengetahuan dan restu dari
kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura. Dr Hassan dan Ustad Nasaruddin dilabel
sebagai pengkhianat, peneraju dan ketua
dalam kumpulan dua.
Para professional PAS yang berjasa
banyak terpengaruh dengan ketokohan Mohd Sabu adalah dari kumpulan pertama.
Nasib mereka dalam PAS terserlah apabila ditolak hampir kesemuanya daripada
menjadi pemimpin dan menerajui kepimpinan PAS secara halus. Mereka tidak
terpilih secara serentak dan mereka mengesyaki ada konspirasi dalaman PAS
daripada golongan ulamak dan ahli-ahli yang taksub kepada para ulamak yang
cemburu dan telah memfitnah mereka.
Kesimpulan daripada apa yang telah
berlaku dalam PAS pada hari ini
sebenarnya adalah kejayaan usaha strateji dan tipu muslihat AMNOBN yang
tidak mahu rakyat melihat PAS sebagai sebuah parti alternatif yang berwibawa
untuk memerintah negara. Mereka berjaya dengan teori pecah dan perintah dan
menyembunyi kelemahan AMNOBN.
Manakala PAS pula terus berbangga dengan tanggapan
sendiri bahawa mereka berjaya menyisih semua yang tidak berjiwa dan fikrah
Islam. Mereka melupakan jasa-jasa pejuang professional . Tanpa sedar mereka sebenarnya
telah berjaya mengembalikan kemajuan PAS balik ke belakang seperti 30 tahun
dahulu. Setidak-tidaknya inilah yang kelihatan di mata majoriti kebanyakan
orang awam. Keyakinan orang awam terhadap PAS telah dimusnahkan oleh kepimpinan
ulamak moden. Jika PAS yang didokong oleh pemikiran ulmak moden ketika ini
gagal menubuhkan segera sekolah dan pemikiran Islam moden yang tulin
berdasarkan sains Al Quran dan Hadis,
maka tidak mustahil PAS hanya akan berjaya memerintah negara 50 tahun
dari sekarang…… in sya allah.
Oleh Tun
Sheikh Engku Bendahara
16.3.2016 UNISZA,Gong Badak,
Trengganu