Hari Penamaan Calon PR 13 2013
Hari ini 20 April 2013 ialah Hari
Penamaan Calon PR13 dan Alhamdulillah boleh dikatakan telah berjalan lancar meskipun
terdapat beberapa insiden di sesuatu
tempat di mana SPR kelihatan seperti bias dan memberi tekanan kepada calon bebas dan pembangkang.
Apa yang menarik, segala strategi dan
tipu helah politik AMNOBN telah dapat dibaca oleh Pakatan Rakyat. Ini adalah
kerana ramai pakar strategi AMNOBN yang bijak-bijak banyak yang telah berpaling
tadah dengan meninggalkan AMNOBN dan menyertai barisan pembangkang gara-gara
pandangan dan sumbangan mereka tidak dihargai. AMNOBN begitu sombong dan angkuh
gara-gara pengaruh kuasa politik dan kuasa
wang. Pakatan Rakyat menjadi begitu mantap apabila semuanya begabung membuat
penelitian dan membaca strategi lapuk AMNOBN segaligus mematahkan setiap
langkah dan strategi licik mereka.
Pandangan pakar strategi politik
yang dapat membaca dengan tepat dan sangat mengaibkan AMNOBN ialah kedudukan
sipengkhianat bekas peguam DS Anuar yang dicalonkan di Shah Alam dan kedudukan
ketuanya yang dihina oleh kepimpinan AMNOBN yang membiarkan beliau mencalonkan
diri sendiri di Pasir Mas sebagai calon bebas. Kemudian dibiarkan menjadi calon
bebas tanpa cabaran BN. Pada hakikatnya,
hal ini sangat tidak disenangi dan tidak dipersetujui majority oleh penyokong
dan perwakilan serta calon-calon YB AMNOBN.
Apa yang sangat menarik, ramai
penyumbang sama ada perkhidmatan mahu pun yang telah berjasa kepada barisan
AMNOBN telah keluar dan menjadi calon bebas sebagai tanda memprotes. Kebanyakan
mereka tidak berpuas hati kerana campur tangan pelbagai entity termasuk
bekas-bekas PM dan Mama Emelda isteri PMajaib. Mereka juga tidak berpuas hati
budaya rasuah yang telah melampau yang diamalkan oleh AMNOBN. Mereka sendiri
sering mengingatkan pucuk pimpinan AMNOBN supaya serius memerangi budaya rasuah
tetapi terus membisu dan mengabaikannya kerana amalan rasuah telah menjadi
suatu norma system politik yang telah
mendarah daging yang sangat menguntungkan.
Akar umbi sendiri telah
berkali-kali mengangkat agar isu
pengamalan dan budaya rasuah ini dibincangkan secara serius tetapi sering ditutup
dan dialihkan ke isu lain yang segaja diperbesar-besarkan. Di waktu yang sama
rakyat saban hari disuapkan dengan berita penolakan pembangunan oleh Pakatan
Rakyat yang dituduh sebagai anti estasblisment
atau anti pembangunan yang dilaksanakan
oleh kerajaan AMNOBN. Mereka kelihatan seperti begitu cergas dan kerap
menyuapkan ke mulut rakyat dengan paksaan mengatakan AMNOBN adalah tuan kepada pembangunan
yang berjaya .
AMNOBN tidak perasan dan percaya
bahawa rakyat telah muak dengan suapan itu kerana mereka tidak menafikannya.
Apa yang dipersoalkan rakyat bukanlah pembangunan yang berjaya tetapi budaya
rasuah yang berlaku dalam segala projek pembangunan itu. Mereka menuntut budaya
rasuah dihentikan dan jangan dimasukkan atau diamalkan dalam kos projek
sesebuah pembangunan. Sebenarnya AMNOBN bukanlah tidak tahu mengenai isu rasuah
dan budaya rasuah dalam setiap projek pembangunan tetapi itulah sumber dan
pendapatan mereka untuk menjadi cepat kaya dengan mudah.
AMNOBN begitu sombong dan angkuh
menguar-uarkan kejayaan mereka membangun Negara dan tidak mempedulikan tuntutan
rakyat supaya menghapuskan budaya rasuah. Hal ini sangatlah sulit untuk
dilaksanakan AMNOBN kerana melibatkan semua peringkat kepimpinan tertinggi
sehinggalah ke akar umbi. Sehubungan itu, memang tiada erti apa-apa jika AMNOBN
terus berkuasa meskipun mereka mencalonkan muka baru kerana budaya rasuah telah
menjadi dasar pentadbiran dan pemerintahan mereka. Masalah besar ini bukanlah
tidak diketahui oleh mereka tetapi mereka memang suka dan tidak mahu
mengatasinya.
PMAjaib beberapa kali coba
mengambil hati rakyat dengan memohon maaf dan merayu agar rakyat memberi beliau memberi mandate dan peluang memerintah bagi
meneruskan projek transformasi nasional tetapi apabila dimajukan persoalan
rasuah beliau bungkam. Beliau tidak dapat bertegas untuk membasminya kerana
diri beliau sendiri telah terlibat begitu jauh sehingga mengaitkan beliau ke
mahkamat dalam mahupun luar negeri yang sangat memalukan Negara. Jika budaya
rasuah tidak mahu dibasmikan maka tiadalah bererti apa-apa kecuali AMNOBN harus
diganti dengan kerajaan baru.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Bank Negara KL 20.4.2013