Apa Cerita Kajang
Banyak ahli veteran pelbagai
parti bertanya Tun Sheikh perihal Kajang. Tun Sheikh tersenyum saja kerana
faham apa maksud mereka yang bertanya. Ada yang ingin tahu sahaja. Ada yang
tidak berpuas hati. Ada yang berasa risau. Malah ada yang marah-marah.
Selebihnya macam pura-pura tanya kerana yakin Tun Sheikh ada sumber first hand news. Apa yang ingin Tun
Sheikh perjelaskan di sini hanyalah untuk suatu pencerahan. Dalam pandangan Tun
Sheikh, orang Melayu kita dari kumpulan atau Jalur 1 memang lembab ketika ini
dalam bab politik di zaman dunia tanpa sempadan. Itulah sebabnya bangsa Melayu
terus tertipu dengan perakus dunia yang ada otak kancil sealiran Yahudi yang hebat dalam berimejinasi . Mereka ditipu hidup-hidup sejak mereka lahir
sehingga ke usia yang sudah sangat hampir magrib. Jalur 1 ini suka dengan kesenangan
hidup yang sederhana. Senang sendiri dan tidak memikirkan untuk menjadi kaya
raya. Mudah disuap dan berpuashati dengan pujian yang menghayalkan. Kalau ada
rezki lebih maka jadilah kebanggaan. Mereka tidak tahu dan tiada kemahiran
dalam membantu orang lain agar berubah cara hidup dan cara berfikir. Mereka
sangat mudah dipengaruhi oleh pemimpin Melayu Amno.
Bagi Tun Sheikh, Kajang dipilih
kerana banyak keistimewaannya. Di sini ada catatan sejarah rakyat berparadigma
minda dengan menolak Melayu Amno kerana tercabar dengan perangai biadab Menteri
Besar yang menghadiahkan penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Langat. Memilih
Kajang sebagai pelita atau cahaya membuka mata kepada semua kaum memang
direncanakan. Komposisi atau polar suku
kaum di Kajang agak seimbang. Perkara ini memang dalam perencanaan
politik. Itulah sebabnya calon Cikgu Kajang dulu dipujuk supaya tarik diri.
Jika beliau menjadi wakil rakyat tentunya akan menyulitkan strateji politik kearah
mengamalkan keadilan. Ini adalah kerana negeri Selangor sebenarnya adalah
lombong mas haram kepada Amno dan perompak-perompak tarbus pelbagai kaum.
Negeri ini setiap saat diintai oleh penyamun-penyamun tarbus Melayu, Cina, India
dan lain-lain. Mereka juga terdiri dari pelbagai samseng dari pelbagai suku
kaum .
Lihatlah sejarah politik Selangor
sejak kedatangan British malah boleh juga disingkap pada zaman Belanda.
Objektif segala bangsa yang berminat ke sini adalah harta karunnya. Dulu bijih
timah kemudian hasil-hasil perladangan. Ekonominya sangat memberangsangkan
kerana Kuala Lumpur adalah pusat pentadbiran dan terus berkembang menjadi pusat
perekonomian, perusahaan, perkilangan, perindustrian. Perang saudara pernah
berlaku juga disebabkan rebutan kuasa ekonomi. Dan peristiwa berdarah 13 Mei
1969 berlaku di Kuala Lumpur juga disebabkan ketidakseimbangan ekonomi suku
kaum. Apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Selangor, rakyat dikejutkan
dengan pelbagai berita penyelewengan semua lapisan masyarakat ketika era Amno
atau BN berkuasa. Pelbagai penyelewengan berlaku dan berbilion ringgit dikesan
hilang tanpa rekod. Yang jelas kelihatan ialah lagak jutawan ahli politik
AmnoBN dan para kroni mereka. Rakyat majoriti di takuk lama. Kekayaan Selangor bukan sahaja
menampung kemewahan para pemimpin politik tempatan tetapi juga menyebar ke
pusat. Apabila berlaku pertukaran tampuk pemerintahan yang tidak
disangka-sangkakan, mereka berasa kepanasan seperti dalam api neraka meskipun
mereka masih kaya dan harta serta hasil yang dirompak dahulu masih berbaki
banyak dan belum lagi habis.
Mereka sedaya upaya berusaha
untuk mengambil semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Pemerintahan
Pakatan Rakyat pula dengan cemerlangnya telah berjaya membuktikan penyelewengan
AmnoBN, malah membuktikan dapat
mengumpul berbilion ringgit rezab kerajaan kerana berjaya mengawal rasuah dan
ketirisian. Istana dan Majlis Agama didombakan dan tentunya jasa AmnoBN pada
agensi tersebut dikenang kerana mereka telah membuat orang Istana dan majlis
agama tidur lena dan mabuk kesenangan ketika mereka berkuasa dahulu. Maka
terjadilah pelbagai isu seperti isu murtad, isu kalimah Allah, isu kedaulatan
raja, isu ajaran sesat dan pelbagai macam isu yang menggambarkan seolah-olah
negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sedang bermasalah besar.
Mereka terus menggunakan geng-geng samseng dan kroni jahat untuk mencipta
trajedi bermula pada yang kecil dan kerugiaan kecil dan lama kelamaan jika
terus gagal mereka terus akan menggerakkan kepada bencana yang besar.
Bagi orang yang kuat beriman dan
berpegang kepada agama dan kepimpinan agama yang bertegas dengan panduan Al
Quran dan Hadis, mereka nampak ini semua adalah permainan syaitan manusia
yang tidak berpuas hati terhadap usaha
perpaduan berbilang bangsa dan usaha menikmati keharmonian dan kekayaan negara
secara adil dan seimbang. Lebih-lebih lagi hasil haram yang masuk dalam kantung
mereka semakin berkurangan. Orang yang berimann juga nampak bagaimana pemimpin
mereka berulang kali difitnah dengan isu-isu yang tidak bermaruah sehingga ada
yang dituduh telah kafir, murtad dan Syiah. Pemimpin parti gabungan iaitu DAP dan
lain-lain pun tidak terlepas dari fitnah dan juga gangguan serta perlakuan para
samseng upahan yang diupah mencipta suasana menjadi tegang. Ketua syaitan
manusia itu tentulah yang bertopengkan pemimpin Amno malah mantan PM Tun M juga
masih tidak malu menunjuk-nujukkan taring hantunya.
Secara kias jika dahulu pemimpin
AmnoBN banyak modal kewangan haram dalam usaha menyebar dan mengembangkan
pengaruh mereka sehingga boleh dikatakan berjaya membutakan matahati banyak
rakyat terutamanya bangsa Melayu sendiri tetapi ketika ini mereka sangat gusar
dan bimbang kerana punca kewangan mereka terasa sudah mula tersekat. Mereka
terpaksa menggunakan duit kerajaan atau duit rakyat atau daripada
perbendaharaan negara yang akhirnya mengakibatkan mereka terpaksa menambah
hutang negara. Tipu muslihat, keanggkuhan, rasuah, salah guna kuasa, pemborosan
dan pembaziran saban hari terpampang di hadapan mata rakyat dengan sendirinya
telah membongkar kepalsuan dan sifat hipokrit mereka. Apabila sumber kewangan bertambah meruncing
mereka mencipta tekanan kepada rakyat dengan objektif positifnya seperti
serampang dua mata. Mereka tarik subsidi dan naikkan harga produk barangan
asas. Mereka ancam dengan pelbagai cukai yang menguntungkan mereka dan para
kroni. Rakyat tertekan tetapi mereka masih berhura-hura berpura seolah-olah
tiada apa yang terjadi. Mereka bergaya seperti masih memiliki duit, kaya dan
tidak menjejaskan kedudukan mereka.
Maka selepas Pilhanraya Kecil
Kajang nanti, apabila DSAI menang dan tidak menjadi menteri besar Selangor,
rakyat Selangor tidak perlu terperanjat kerana ini semua untuk kebaikan rakyat
Selangor kerana tindakan ini terpaksa direncanakan dan diambil bagi melumpuhkah
aktiviti dan strateji syaitan manusia itu tadi. Pada waktu yang sama rakyat
seluruh negara akan dipaksa membuka mata jika PM menolak untuk bertanding di
Kajang menyahut cabaran yang memang dirancang itu. Dalam keadaan sekarang di
mana rakyat sedang mengeluh kesah dengan perangai pemimpin tertinggi negara
yang semakin hari semakin kelihatan begitu bodoh dan berterusan menyusahkan
rakyat maka jika beliau tidak mahu menarik diri dengan baik dan sukarela maka
jawatan PM itu akan tercabut dari dirinya yang akan dilakukan oleh
pengikut-pengikut beliau sendiri. Manakala tanpa perlu perampasan kuasa walau
secara perundangan atau tidak terkeluar dari demokrasi Pakatan Rakyat akan berjaya
mengangkat maruah dirinya dengan sendirinya. Pakatan Rakyat akan terbukti berjaya
memperlihatkan kesungguhan perjuangannya kearah berkerajaan yang adil dan
mengutamakan rakyat. Matlamat ke Putrajaya akan lebih mudah dan terjamin.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kajang 28.1.2014