Isu Tentera Sulu Di Lahad Datu Sabah
Beberapa
kenalan veteran UMNO yang masih taksub dengan UMNO dan yang telah berubah
haluan menyokong Pakatan Rakyat dan beberapa veteran politik yang telah menjadi
kumpulan atas pagar meminta Tun Sheikh bercerita sedikit tentang isu Tentera
Sulu di Lahad Datu. Ini adalah kerana Tun Sheikh dikatakan mendapat maklumat
dari banyak sumber termasuk dari alim ulamak yang memantau dengan basirah. Agak
gelak juga hati kerana pandangan mereka terhadap Tun Sheikh seperti itu. Ada juga kata Tun Sheikh ada
maklumat dari alam gaib kerana banyak
berkawan dengan orang yang ada dampingan jin terutamanya dari kelompok bomoh-bomoh,
guru-guru persilatan dan dukun.
Tersenyum
sendiri Tun Sheikh dan keyakinan Tun Sheikh memang menebal mengatakan orang
UMNO dan Melayu UMNO ini dan Melayu yang dipengaruhi UMNO ini memang jenis
taklid dan mudah percaya kepada kuasa jin dan hantu syaitan. Sudah banyak kali
Tun Sheikh sebagai kenalan dan sahabat meminta mereka peka sedikit mengenai
perbezaan antara adat Melayu yang diamalkan yang menyalahi dan bertentangan
dengan syariat Islam dengan adat Melayu yang tidak bertentangan dengan syariat
agama.
Oleh
kerana perkara ini agak sensitif , maka hujah yang Tun Sheikh kemukakan ini
memang tidak boleh dipegang kecuali sekadar dijadikan maklumat dan penceritaan
sahaja kerana ia adalah kesimpulan dari ke semua sumber di atas tadi untuk
memenuhi permintaan sahabat handai para veteran itu tadi. Yang hak dan
kebenaran hanya dari Allah dan Allah mengetahuinya. Adalah diharap para pembaca
berpegang teguh kepada Quran dan Hadis agar segala yang kelabu dapat diterangi
dengan kefahaman ilmu dan iman.
Objektif kita adalah pengabdian diri kepada
Allah yang telah mengangkat kita menjadi khalifah mengurus bumi ini dengan peraturan yang telah
ditetapkanNya. Allah menjadikan kuasa ikhtiar memilih kita, sama ada hendak
menggunakan ketetapan dan petunjuk Allah atau memilih untuk menggunakan akal
dan kemahuan sendiri. Di akhir kalam nanti semua itu akan ditanya dan
diminta pertanggungjawabkan oleh kita sendiri dan akan dibalas dengan hukuman yang
setimpal dan adil kerana kita hanyalah hamba yang diberi amanah.
Pada
dasarnya peristiwa Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu adalah kifarah, bala
dan hukuman disamping dugaan dan rahmat serta petunjuk dari Allah. Mereka
adalah pejuang berjiwa kebangsaan yang memahamkan diri selaku orang yang
dizalimi dan berjuang menuntut hak dan maruah dan juga kerana agama iaitu
Islam. Mereka berbuat begitu kerana tidak mahu tunduk kepada kerajaan kafir
kristian Filipina dan perjuangan mereka bukan baru bermula tetapi sejak
kedatangan pedagang asing kufar dahulu
dari abad ke 16 sehinggalah sekarang. Mereka gagal dan kalah dalam peperangan.
Tetapi penentangan mereka berterusan. Mereka berjaya dikalahkan kerana mereka
berjaya dipisah dan dipecah-belahkan dan dasar pecah dan perintah ini bukanlah
milik British tetapi strateji ini adalah milik semua tentera dari segala bangsa
manusia dan juga jin.
Faktor
agama sebenarnya semakin kelam dan hanya dijadikan tarikan untuk mendapat
bantuan serta sokongan dari dalam dan luar. Faktor agama tidak menjadi agenda
utama kerana kemantapan ilmu dan iman golongan pejuang tidak mendalam. Meskipun mereka mengaku sebagai
pejuang kerana agama tetapi pada realitinya adalah kerana kepentingan bangsa, harta dan dunia. Kesilapan besar ialah mengaku sebagai satu
kelompok samada bangsa atau keturunan. Penceroboh Sulu mendakwa mereka
keturunan Suluk dan objektif utama menceroboh Sabah adalah menuntut Negara atau
tanah pusaka nenek-moyang yang telah dikalahkan iaitu Kesultanan Sulu.
Di
pihak Malaysia pula, Sabah adalah jelas di bawah daulat kenegaraan kita kerana
pilihan rakyat Sabah pada 1963 untuk sama-sama Semenanjung Tanah Melayu,
Singapura, dan Sarawak menubuhkan sebuah Negara bangsa berdaulat dan merdeka
iaitu Malaysia telah disah serta mendapat pengiktirapan dunia melalui
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maka dengan sendirinya kaum Sulu yang
menganggap diri mereka masih berkerajaan atau bersultan mempunyai hak terhadap
Sabah terluput sesuai pula dengan keadaan kewujudan mereka di Filipina juga
tiada dan tidak wujud.
Dalam ertikata lain jika sekiranya mereka memang pernah
wujud tetapi kini telah dinapikan kerana kalah dalam peperangan atau politik
penguasaan sesebuah Negara bangsa. Orang
Sulu telah bergabung dengan Orang Moro di Mindanao menuntut kemerdekaan dengan
menggunakan faktor geograpi dan agama Islam tetapi tidak dipedulikan dan
diiktiraf oleh kerajaan Filipina merdeka kerana kesemua kepulauan telah
disatukan sebagai sebuah Negara berdaulat iaitu Filipina sekarang. Maka
penentangan dan ketidaksetujuan ini mendorong penduduk Pulau Mindanao yang
berasal dari satu keturunan dan agama Islam telah memberontak tetapi berjaya
dipatahkan oleh pihak berkuasa Filipina.
Akibat seterusnya ialah perjuangan
dengan senjata dan menentang dengan taktik gerila sehingga lebih 150,000 jiwa
mati dalam tempuh 40-50 tahun. Akhirnya kerajaan Filipina terpaksa
bersetuju untuk berdamai dengan memberi kuasa otonomi kepada
Mindanao dalam kerajaan Filipina. Perjuangan Bangsa Moro untuk mendapatkan kemerdekaan melalui
perundingan dan perjanjian yang melibatkan PBB sudah kelihatan mustahil.
Pada
waktu yang sama Malaysia telah berjaya ditarik dan dipengaruhi oleh kedua pihak
yang bertelagah hingga yakin dan sanggup menjadi orang tengah. Kerajaan
Malaysia sebenarnya tidak mahu dan juga tidak sanggup memikul beban akibat
peperangan kerana beban dan tangungan pelarian yang datang bukannya mudah dan
murah. Sempadan di Sabah pun dibuka
dengan toleransi yang tinggi. Orang pelarian yang rata-rata beragama Islam
diberi kebebasan berusaha mencari pekerjaan untuk menyara hidup sendiri supaya
tidak mebebankan ekonomi Negara. Mereka dijana untuk membantu memperbaiki
ekonomi Negara secara tidak langsung. Kerajaan seolah-olah tutup mata terhadap
kegiatan ekonomi yang mereka lakukan. Aktiviti penyeludupan sudah menjadi
kehidupan harian. Keadaan ini sangat tidak stabil apabila dibandingkan dengan
nasib anak watan sendiri. Politik UMNOBN mula goyah malah Sabah menjadi negeri
pembangkang di bawah Pairin Ketingin.
Pairin
berjaya dijatuhkan dengan begitu dramatis tetapi idea beliau untuk meresapkan
pendatang Sabah untuk menjadi rakyat Sabah dipersetujui bagi memastikan keadaan
Sabah stabil dan terkawal tanpa menyedari bahawa Pairin dan ahli keluarga dan
juga orang besar Sabah juga berasal dan berketurunan Kesultanan Sulu yang pernah wujud suatu ketika
dahulu sebelum dijajah oleh orang asing atau pedagang dari Eropah. Perkara yang
membedakan Pairin dan penyokong mahupun orang-orangnya ialah fakta agama yang
sangat dikhuatiri oleh Melayu UMNO yang selalu bersangka buruk kepada pemimpin
bumiputera beragama Kristian.
Apabila
ratusan ribu orang berketurunan Sulu
mendapat kerakyatan mudah Malaysia dan tidak menikmati
keistimewaan dan kenikmatan yang dikecapi oleh Bangsa Moro yang telah menguasai
Pulau Mindanao, walau hanya otonomi dan beranggapan pula bahawa sebenarnya
merekalah yang berhak dan layak di Mindanao bukan Bangsa Moro kerana Mindanao
juga didakwa sebagai milik Kesultanan Sulu, maka mereka mengubah hala perjuangan
ke Sabah. Mereka tahu dan yakin mereka tidak akan dapat menandingi bangsa Moro
yang telah berkuasa tetapi mereka boleh meminta bantuan atas dasar mengenang
budi ketika berperang dengan kerajaan Filipina. Mereka juga melihat
kerajaan Malaysia sama ada terlalu baik atau sebenarnya lemah. Keadaan politik
semasa juga menggambarkan rakyat Sabah mula menolak UMNOBN yang rasuah. Mereka
juga maklum bahawa bangsa keturunan mereka di Sabah telah majoriti.
Fakta
ini semua telah menambah keyakinan mereka, walau pun hanya dibandingkan dengan semangat dan keberanian berperang
yang mereka miliki. Mereka juga melihat suasana pengaruh politik Malaysia
sedang berubah. Pihak UMNOBN dan Pakatan Rakyat telah membuat kesilapan dengan
menjanjikan sesuatu yang telah disalah mengertikan. Mereka juga sengaja mengambil
kesempatan untuk menonjolkan diri dan menuntut Sabah. Harapan mereka,
penentangan dan krisis ini akan berlarutan dan berpanjangan sehingga memaksakan
PBB, Amerika atau sesiapa yang berkepentingan akan turut campur tangan. Maka
penceroboh pun dihantar bagi mengkerahkan dan mempengaruhi orang-orang Sulu
sebangsa dan seketurunan untuk bergabung. Mereka mengetahui banyak kelemahan
kerajaan Malaysia. Mereka mengetahui banyak selok-belok keadaan dan tanah-tanih,
bentuk muka bumi Sabah. Dan fakta yang memihak mereka ialah memiliki kad
pengenalan kewarganegaraan Malaysia.Tujuan
mereka hanya satu. Jika semuanya campurtangan, sama ada mereka dapat Sabah yang merdeka atau
Sabah yang Otonomi.
Apa yang akan dapat
mengubah dan menyelamatkan Sabah ialah sebuah kerajaan yang peka kepada rakyat
dan keadilan tanpa rasuah dan kroni mahupun nepotism. Yang menggagalkan rancangan
Keturunan Sultan Sulu ialah penduduk Sabah sendiri yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya. Mereka telah berasa
kesenangan hidup dan tidak sebagai pelarian. Mereka hanya merasa pembangunan
dan bantuan dari kerajaan Malaysia adalah lambat kerana budaya
rasuah. Manakala pihak kerajaan dilihat sedang berhayal dengan candu kemewahan hasil
rasuah tetapi mempunyai alasan wajar kerana masih mencurigai kesetiaan rakyat
pendatang.
Sahabat-sahabat Tun Sheikh tidak berpuashati dengan
keterangan ini dan terus bertanya , ‘ ANGKARA SIAPAKAH INI?’ Tun Sheikh mengatakan bahawa ini adalah
angkara semua sebagai bala, ancaman, dugaan dan peringatan serta hikmat mahupun
nikmat dari Tuhan. Sesiapa yang memalingkan diri dari tali Allah, maka dialah
yang celaka! Syaitan-syaitan manusia di luar sana sedang menunggu peluang agar
Malaysia porak-peranda. Mereka menunggu waktu dan hari yang sesuai untuk menguasai
kekayaan kita. Mereka bukan orang Filipina mahupun jiran tetangga kita. Tetapi
mereka adalah syaitan manusia dengan bala tentera yang bersiap siaga untuk
masuk menipu dengan budi kebaikan. Mereka bertopeng menjadi polis dunia dengan
ikon Yahudi. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah telah memberi petunjuk dan memberi peringatan bahawa, musuh
kita yang nyata ialah Yahudi manakala musuh gaib yang nyata ialah iblis. Maka
akan menjadi tawanan mereka, semua manusia jika petunjuk Allah diabaikan.!!
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kuala
Lumpur 10.3.2013