Kota Kinabalu Sabah – Sebuah Persepsi Menjelang PRU 13
Tokoh BN Patut Dihukum Pancung?
Pada bulan lepas Tun Sheikh bertandang selama seminggu ke Kota Kinabalu membawa keluarga melancung sambil memerhati dan mendapat pandangan beberapa anak negeri Sabah mengenai kemajuan pembangunan dan politik di sana. Tun Sheikh sempat bersembang dengan lebih kurang 70 orang warga Kota Kinabalu dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari peniaga atau pemilik kedai pakaian, restoren, pengusaha pelancungan, pemaju perumahan , penjaja buah, pensyarah IPTA dan IPTS, dan orang politik. Umur mereka dari pelbagai lapisan dari 19 hingga 70 tahun. Tidak ketinggalan Tun Sheikh juga berkesempatan bersembang-sembang dengan pendatang Filipina lebih kurang seramai 20 orang terdiri dari pemuda dan wanita. Wanita dalam lingkungan 40-50 tahun seramai 8 orang. Orang politik pula seramai 5 orang terdiri daripada anak muda atau lebih tepat lagi 2 orang pemuda berusia 35 tahun yang aktif dalam UMNO Kota Kinabalu, seorang pemuda PAS dan 2 orang PKR anak tempatan Sabah.
Maklumat terbanyak yang Tun Sheikh garap mengenai Sabah pada amnya dan Kota Kinabalu khususnya adalah dari sahabat Tun Sheikh, seorang pengarah jabatan kerajaan Persekutuan yang sedang berkhidmat di Kota Kinabalu sejak 2009. Apa yang Tun Sheikh dengar darinya dan juga dari seorang pejuang reformasi yang kini menetap di Perak dapat Tun Sheikh lihat atau menyaksikan kebenarannya. Tun Sheikh juga suka memberi pandangan sendiri hasil konklusi maklumat dan pengalaman mengenai Sabah secara rambang.
Rata-rata ketika Tun Sheikh berkunjung ke Kota Kinabalu boleh dikatakan bandarnya agak bersih dan tenang dan kemajuan pembangunannya agak pesat juga. Tun Sheikh tinggal di Apartmen Api-Api di pusat kota. Rumah apartmen 2 bilik ini dilengkapkan dengan peralatan moden. Lengkap dengan penghawa dingin, mesin basuh, tv 32 inci, peti sejuk dan dapur. Kemudahan asas tersedia dan berasa selesa seperti di hotel 4 bintang. Konsep apartmen ini sebenarnya lebih baik daripada hotel kerana kita menyewa sebuah rumah berbanding dengan sebuah bilik dengan harga yang lebih kurang sama. Cuma Tun Sheikh perkirakan kebanyakan penghuni rumah apartment di sini masih kurang memahami dan mengamalkan sivik yang baik kerana di kawasan lantai bawah, sampah sarap ringan yang dicampak dari atas menjadikan pemandangan dan kebersihan di bawah begitu mengecewakan.
Orang tempatan atau pemilik apartmen yang tinggal di apartment sendiri, menuding penyewa-penyewa yang melakukannya. Mungkin benar kerana ketika Tun Sheikh mendaftar masuk, tiada penerangan langsung tentang kebersihan. Tetapi ketika menyerahkan kunci untuk pulang dan bertanya tentang kebersihan, dengan selamba kerani itu memberitahu bahwa minda sivik orang Sabah masih rendah. Beliau ditugaskan hanya menekankan duit cagaran kunci rumah, duit cagaran kunci tempat letak kereta, duit cagaran kunci keselamatan lif dan duit deposit apartmen yang ditetapkan sebanyak 50% dan bakinya dimestikan bayar di hari pertengahan tempuh sewa. Misalnya jika kita menyewa 6 hari, pada hari ke 4 mesti dijelaskan 50% lagi. Tun Sheikh juga dimaklumkan ada juga pengusaha menetapkan 70% atau 100% dibayar ketika kita mahu mengambil kunci. Belum diseragamkan tetapi mengenai keselamatan kita ketika menginap di apartment ini adalah baik kerana ada pengawal di setiap pintu masuk dan dengan kunci atau kad eletronik saja yang diberi kebenaran masuk oleh pengawal.
Tun Sheikh ingin buat kesimpulan rengkas di sini. Jika berkesempatan Tun Sheikh akan sambung menulis mengenai masyarakat Sabah khususnya Kota Kinabalu. Di sini tiada isu perkauman atau politik berdasarkan kaum. Siapa berjiwa nasional dianggap terbaik. Rasuah pemimpin BN dimaklumi rakyat tetapi mereka menganggap belum kritikal kerana keperluan mereka masih dilayani. Yang mereka tidak suka ialah kepimpinan BN pusat kerana penyelewengan dan pelbagai skandal. Tetapi mereka juga tidak menerima kepimpinan PKR Sabah kerana latar belakangnya yang pernah melompat-lompat.
Mereka dari pelbagai fahaman politik berkata, jika pemimpin PKR Sabah terutamanya Kota Kinabalu ditukar berkemungkinan PR akan menang di Sabah di PRU 13. Mereka juga bosan dengan arahan kerajaan pusat atau BN memberi pelbagai keistimewaan kepada pendatang asing Filipina. Orang Filipina sendiri mengakui dan memberitahu Tun Sheikh apa yang mereka dapat. Yang paling menarik ialah apabila Tun Sheikh diberitahu mereka bahawa orang kerajaan atau BN menyuruh mereka berpura-pura berlakun seperti orang asing yang ketakutan. Apabila terserempak dengan pihak berkuasa dan penguatkuasa mereka hendaklah melarikan diri supaya kelihatan kerajaan bertindak dan mereka adalah pendatang haram. Sebenarnya mereka layak mengundi dengan kad pengenalan misteri yang diberi oleh BN dan dapat bantuan kewangan, cerita mereka sambil tersengih-sengih.
Itulah buah menyokong BN sipembohong dan penipu yang boleh dianggap sebagai pengkhianat dan pembelot kepada bangsa sendiri. Mengikut adat Melayu jika dinilai pada zaman keagongan Empayar Melayu, tentu sekali tokoh-tokoh UMNO dan BN seperti ini telah dihukum pancung!!
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara