MANISNYA KHILAFIAH ULAMAK BARU & LAMA PAS? SUATU PANDANGAN DARI
SUMBER KEJAHILAN
Memang benar bahawa ulamak itu
pengganti Nabi dan mereka menonton kita ke syurga tetapi ulamak yang bagaimana
yang dimaksudkan itu? Mereka berdakwah
dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW, kemudian jika masih tidak kedapatan petunjuk
dari kitab suci al Quran mestilah merujuk Hadis dan barulah ijtihad para
ulamak. Itu pun bukanlah mengikut akal mereka sendiri tetapi mesti ada sumber rujukan
dan kiasnya yang terdekat dari Al Quran, kemudian hadis, kemudian jika tidak ada juga,mereka kena cari
dan selidik dari para sahabat dan dari
sahabat kepada sahabat. Ada yang memanjangkan kepada amalan pemimpin islam
selepas sahabat kepada sahabat nabi SAW. Tetapi yang paling aula ialah
kebebasan para ulamak mentakqik menggunakan budi bicara kepintaran dan
kecerdikan yang dianugerahkan oleh Allah pada mereka setelah mereka tidak
menjumpai apa-apa kias dan iktibar dari para sahabat nabi dan sahabat kepada
sahabat nabi SAW.
Ijtihad para ulamak ini pula mesti bersifat
suara majoriti dan penerimaan teramai. Begitu juga apa-apa yang ditetapkan
secara qias. Mestilah ada kaitan dan diterima ramai. Ramai maksudnya bukan dari kalangan pengikut
tetapi daripada jumlah ulamak yang turut serta dalam perbahasan. Ini membawa
maksud ijtihad para ulamak dan qias dalam menentukan kedudukan sesuatu bicara
atau hukum mestilah hasil perbincangan dan perhujahan yang akhirnya mendapat
kesimpulan majoriti di kalangan ulamak yang mengambil bahagian. Barulah dewan ulamak atau majlis ulamak yang membuat
majlis pembentangan mendengar hujah-hujah dan dalil itu bersetuju menetapkan
hukum atau kedudukan sesuatu perkara dan perlu diikuti oleh rakyat atau orang
awam.
Sejarah Islam telah mencatatkan
bahawa aktiviti yang positif ini telah melahirkan pelbagai mazhab. Kelainan dan
pelbagai mazhab pula tidak sekali-kali bererti terkeluar atau mengeluarkan
sesuatu mazhab yang tidak sependapat sebagai tekeluar dari agama Islam kecuali
yang berkaitan dengan usuluddin atau tauhid atau dengan perkataan lain soal
aqidah hakiki yang asas. Jika soal aqidah yang asas yang telah termaktub dengan
jelas melalui ikatan dan penjelasan ayat-ayat Allah kemudian ayat-ayat Allah
melalui nabi SAW iaitu hadis qursi dan kemudian pengajaran dan penjelasan dari
Nabi SAW yang sudah terang dan jelas mengenai aqidah mentauhidkan Allah maka
memang sudah nyata dan jelas yang mana beriman dan yang mana kufur dan kafir
dapat diketahui malah sudah ditetapkan.
Kesimpulan hakiki dari apa yang tercatat diatas
adalah mengenai keputusan dan pandangan para ulamak dalam menentukan
sesuatu hukum atau kedudukan sesuatu perkara mesti dengan perbicaraan dan
penghujahan dengan dalil-dalil dari sumber ilmu yang ada pada mereka. Mereka
tidak boleh menurut sesuka hati atau membabi buta kepada sandaran ulamak lain.
Dalam penghujahan dan menerima dalil-dalil yang diutarakan jika tiada dalam
pengetahuan mereka, mereka tidak boleh terpengaruh kecuali terbukti mereka
melihatnya sendiri dari warisan kitab tulisan ulamak muktabar mahupun dari
ulamak-ulamak muktabar yang masih hidup akan ditemui dan ditanyakan kepada
mereka mengenai dalil yang ada dalam pengetahuan mereka.
Dalam ertikata lain bukanlah seorang ulamak
itu jika berhujah dengan tiada sandaran atau berhujah berdasarkan dalil orang
lain. Jadi janganlah mengaku diri ulamak jika kita tidak tahu asal usul dan
hujung pangkal sesuatu perkara pada asas dan pada dasarnya. Dalam bahasa agama,
jika kita tidak tahu pada hal-hal usul dan hal-hal furuq. Lebih dahsyat jika
kita tidak dapat membedakan apa yang
dikatakan usul dan apa itu furuq. Jika kita tiada dalil prima maka secara
automatis kita adalah pengikut, kita bukan ulamak dan tidak patut bersuara
dalam majlis ulamak. Sekiranya dalam majlis ulama ada individu yang tidak
sampai kepada pengetahuan meluas selaku keperluan yang ada pada setiap yang
bergelar ulamak maka sebaiknya tariklah diri dari menjadi ahli majlis ulamak .
Cukup hanya komited sebagai kadam atau budak suruhan dan ini tentu maksudnya
tidak ada kuasa mengundi dan membuat keputusan atas nama majlis ulamak.
Namun jika jahil ilmu hendaklah
kita meangaku bahawa kita masih jahil dan itu lah yang dikatakan amanah kepada
ilmu. Kita boleh bepegang kepada dalil dan asas hukum yang kita tahu, jika
dalam keadaan darurah di mana kita tidak mengetahui dan dalam keadaan tiada orang
berilmu lebih dari kita dan tiada ulamak terdekat dengan tempat kita dan jika
bersendirian. Dalam suasana begitu hendaklah kita memberi dan mengeluarkan atau
mengamal keterbatasan hukum yang bersifat sementara. Ingatlah pesanan Sheikh
Imam Al Shafie Rahmatullah yang selama ini kita mengaku mengikut hukum-hukum
pandangannya sebagai tokoh terulung mengetuai Mazhab Shafie yang suatu ketika beliau
sendiri pernah tidak mengaku bahawa beliau pencipta mazhab baru dan berpesan
supaya kepada sesiapa sahaja yang mengikut pendapatnya dan telah bertaqlik dengan
hukum-hukum yang berdalil al Quran dan Hadis nabi SAW tetapi jika kedapatan
dalil dari Al Quran mahu pun al Hadis yang lebih tepat dan kuat maka hendaklah
perpegang kepada dalil yang kuat dan sahih itu daripada ketetapan yang pernah
disandarkan beliau.
Sehubungan itu jika kita kaitkan
dengan Dewan Ulamak PAS yang telah membuat usul maka adakah dalam keadaan
begini hujah mereka boleh diterima atau tepat? Jika kita melihat pergolakan
dalam PAS yang dicintai, pertamanya kita harus bertanya siapakah mereka yang
menganggotai Dewan Ulamak PAS. Apakah fungsi mereka? Sebelum mereka memutuskan dan membawa usul
tanpa bahas kita harus bertanya abagaimana mereka bekerja dan beroperasi?
Adakah mengikut garis panduan syariat Islam yang bertunjangkan Al Quran dan
Hadis? Siapakah mereka dan apakah latarbelakang mereka yang menganggotai Dewan
Ulamak.
Kegusaran ini adalah pandangan peribadi Tun
Sheikh selaku orang luar sahaja. Tetapi jiwa dan kecintaan Islam adalah hak
individu bukan mutlak dan bukan hak PAS sahaja. Adalah sangat baik jika Dewan Ulamak
dalam PAS diperlembagakan sahaja. Tokoh yang menyertai Dewan Ulamak PAS mesti
terdiri daripada mereka yang cukup kelayakan sebagai ulamak. Mereka mesti tahu dengan jelas fungsi Dewan Ulamak sebagai
penasihat dan pengawal kepada tokoh kepimpinan Jawatankuasa PAS Pusat. Fungsi Dewan
Ulamak Kawasan mengawal aktiviti kawasan
supaya segala aktiviti dan agenda tidak terkeluar daripada syariat Islam. Yang
teramat penting dalam perlembagaan Dewan Ulamak mestilah tiada sorang pun
bercita-cita politik dan tidak dibenarkan menyertainya, tetapi kuasa Dewan
Ulamak diletakkan setaraf kuasa kepimpinan Jawatankuasa PAS. Dalam ertikata
lain, tiada ahli Dewan Ulamak boleh memegang apa-apa jawatan atau menjadi ahli
jawatankuasa parti dan begitulah sebaliknya. Mereka yang terpilih dari Dewan
Ulamak akan masuk menjadi ahli Dewan Syura yang diberi kuasa eksekutif
tertinggi dalam PAS. Ahli Majlis Syura juga mengikut perlembagaan Majlis Syura
di mana antaranya ialah tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dalam Jawatankuasa
PAS dan juga tidak boleh menjadi ahli Dewan Ulamak.
Majlis Syura berfungsi sebagai kata pemutus
kepada segala isu dan masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
Jawatankuasa PAS mahupun Dewan Ulamak. Ahli Majlis Syura diangkat setaraf Yang
Berhormat, Pengerusi Biro-biro setaraf pengerusi exco negeri dan Ahli Dewan
Tertinggi iaitu Ketua Majlis Syura setaraf Menteri Besar, Naib Ketua setaraf
Timbalan Menteri dan seterusnya. Kuasa mereka adalah kuasa pemutus tertinggi
dan terakhir atau teratas tetapi kuasa mereka hanya terbatas dalam PAS bukan
kepada masyarakat awam.
Jika PAS memerintah Negara maka secara
automatis Majlis Syura sebagai penasihat Yang Di Pertuan Agong dalam hal ehwal
agama dan bertindak sebagai Lembaga dan Majlis Mufti Negara yang memutuskan
sebarang faktwa kebangsaan. Presiden
Parti pula sebagai Perdana Menteri dan penasihat Agong dalam perkara awam.
Perlu diingat dan ditegaskan bahawa pada hakikatnya kuasa ekserkutif tertinggi kepada Negara dan Parti pemerintah
jika PAS menjadi kerajaan ialah Majlis Syura. Tetapi bukanlah mereka yang memerintah Negara kecuali
membuat keputusan dan fatwa penamat mengikut syarak . Elaun atau gaji Ketua
Majlis Syura adalah sama seperti Perdana Menteri dan seterusnya begitu juga
Majlis Syura di peringkat negeri adalah setaraf dan setara seperti menteri
besar.
Idea ini timbul berikutan
penguasaan Dewan Ulamak yang kelihatan telah memainkan peranan membuat keputusan muktamad untuk menyingkirkan
golongan professional daripada menguasai Jawatankuasa Pusat dan menamatkan hubungan
dengan DAP dan lain-lain parti yang menafikan cita-cita Hukum Hudud PAS.
Strategi Dewan Ulamak boleh dipertikai kerana yang menjadi ahli Dewan Ulamak
majoritinya adalah mereka yang tidak berkelayakan dan berkemungkinan
dipengaruhi dan menjadi pak turut sahaja sehingga seolah memperlihatkan
perpaduan dan kekuatan yang luar biasa. Padahal mereka akan menambah masalah
pada masalah yang sedia ada.
Ditilik dari luaran pula pada
waktu kontemporari ini parti kompenan PR telah sepakat untuk tidak menimbulkan hak
perjuangan asas sebelum berjaya mengalahkan BN dan sebelum berkuasa memerintah Negara
telah pecah berderai. Pada yang nampak
apa yang tersirat ialah ini semua adalah salah satu jarum AMNO yang berjaya menyibarkan
bisanya sedikit demi sedikit melalui pelbagai penipuan, fitnah dan strateji
mencegah, memecah dan memerintah. DAP diberi kebenaran mengadakan Sistem
Pengundian Awam untuk memilih Datuk Bandar dan Anggota Majlis Bandaran. PAS
dimungkiri dengan janji menyokong Pindaan Akta (berkaitan kebenaran
melaksanakan HUDUD di Kelantan) sehingga menyebabkan ulamak veteran melatah dan
kumpulan professional yang digeruni AMNO berjaya difitnah akan membawa PAS
kepada kesesatan dan terkeluar dari perjuangan asas. Pada masa yang sama juga
mereka mengugut dan menakut-nakutkan DAP
dan rakyat bukan Islam terhadap Undang-undang Islam HUDUD.
Ikhlas dari Tun Sheikh Yang Jahil
Masjid Kg Ulu Melaka 9.7.2015
No comments:
Post a Comment