Tuesday, November 27, 2012

DILEMA TALAM 2 MUKA RAKYAT JOHOR MESTI DIBERSIHKAN PAKATAN RAKYAT


DILEMA TALAM 2 MUKA RAKYAT JOHOR MESTI DIBERSIHKAN PAKATAN RAKYAT

Ketika balik kampong minggu lepas (23/11/2012), Tun Sheikh berkesempatan mengikut satu kumpulan pengkaji perkembangan politik oleh sebuah NGO di Muar dan Batu Pahat. Daripada statik yang dibekalkan iaitu statik bancian kependudukan dari Jabatan Perangkaan Negeri  Johor (2010), penduduk atau rakyat Johor terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu 48%, Cina 40%, India 8% dan lain-lain bangsa 4%. Dari keseluruhan penduduk bangsa Melayu Johor itu, suku Jawa merupakan suku terbanyak iaitu 50%, Melayu Johor 30%, Bugis 12% dan lain-lain suku Melayu seperti Banjar, Orang Seletar dsb 8%.

Sebut suku Jawa Johor, sebenarnya merekalah tunjang kekukuhan politik UMNO Johor. Mereka sangat setia kepada kerajaan kerana faktor sejarah kedatangan mereka. Mereka telah diberi  bantuan dan kebebasan membuka kebun dan kedatangan mereka untuk mencari pencarian hidup di Negeri Johor adalah digalakkan kerajaan ketika itu. Mereka adalah pekerja atau pendatang yang sangat rajin dan telah menjayakan pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan Johor terutamanya dalam bidang pertanian. Apabila persatuan Melayu diseru agar bersatu oleh Dato’ Onn pada tahun 1946, dan mereka telah diminta bersatupadu sebagai rakyat Johor berbangsa Melayu dari suku Jawa,  mereka segera menyaut seruan dan sama-sama memainkan peranan. 

Keadaan sosial sebelum Zaman Jepun dan Merdeka dimana orang Jawa dianggap sebagai suku bertaraf  kelas ketiga atau bawahan selepas Melayu Bugis dan Melayu Johor,  malah kerap dianggap sebagai orang asing kerana datang dari pulau Jawa, telah mempengaruhi pola hidup kemasyarakatan mereka. Mereka tidak banyak bergaul dengan orang Melayu atau bangsa Melayu dari suku lain kecuali dengan sesama sendiri. Hanya ketua mereka yang berhubungan dengan ketua-ketua orang Melayu yang terdiri daripada penghulu dan orang-orang kaya yang bertindak sebagai wakil raja memerintah di sesuatu kawasan yang di tauliah oleh sultan kepada mereka.

Ramai yang ingin mengeluarkan diri dari kepompong persepsi Melayu. Mereka berusaha  membuktikan diri mereka hebat dan mempunyai kebudayaan yang istimewa. Ramai juga telah berkahwin campur dan menghilangkan identiti  Jawa mereka. Pengorbanan mereka berhasil  tetapi pada zaman sekarang mereka tidak perlu lagi berkorban seperti itu. Mereka  tidak perlu lagi berasa malu dengan pertuturan Jawa atau dialek Melayu yang kejawaan kerana begitu pekat pengamalan budaya Jawa mereka sebab mereka telah diterima umum sebagai bangsa Melayu dari suku Jawa.

Ketika ini,  pola taburan kependudukan suku Jawa walaupun   sudah berubah tetapi mereka masih dapat dikenali dengan ciri kedudukan kampong mereka yang biasanya agak jauh dari bandar besar. Mereka telah diterima dalam masyarakat malah dihormati dan menjadi sebahagian daripada lapisan masyarakat tanpa mengkalasifikasikan mereka seperti sebelum merdeka dahulu. Walau pun begitu, majoriti pekan dan perkampungan orang Jawa yang bertaburan di seluruh Johor masih membawa ikon Jawa. Perbedaannya hanya dari segi status sosial ekonomi kerana mereka boleh dikatakan setanding dan berkemampuan malah banyak yang lebih berupaya, kaya atau berada.

Jika menilik dari golongan atau lapisan umur dalam masyarakat mereka ketika ini, yang berusia lebih 50 tahun adalah yang sangat taksub kepada UMNO kecuali yang tinggi pengetahuan agama dan yang bekerja sendiri sejak di usia muda. Kelompok yang tidak terikat dengan pengaruh UMNO kelihatan begitu ceria dan makmur dari segi minda dan kedudukan sosial mereka. Kumpulan usia di bawah 50 tahun pula,  kebanyakannya berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan mahupun dalam masyarakat, kelihatan sedang berdilema.

 Mereka mengharungi hidup tidak bebas minda kerana terasa terikat dengan budaya menghormati orang tua yang masih taksub kepada UMNO yang dianggap begitu berjasa kepada mereka. Realiti disebalik itu mereka berhadapan dengan arus trafik minda yang pelbagai kerana input-input pengetahuan yang mereka garap lebih memberi panduan kepada diri mereka terutamanya terhadap dasar dan perlakuan UMNO yang telah melampaui batas, seperti menyeleweng dan mengutamakan kepentingan diri, pecah amanah dan rasuah. 

Haruslah diingat bahawa kebanyakan orang Jawa yang datang ke Johor bukanlah berasal dari keluarga yang marhein atau tidak berpengetahuan ketika di Jawa dahulu. Kebanyakan mereka kuat beragama dan mereka terus maju di sini. Apabila UMNO pada peringkat awal perjuangan dan penubuhannya dahulu tidak banyak mengamalkan dasar-dasar yang bercanggah dengan agama mereka tidak bermasalah. Tidak seperti sekarang, mereka amat gelisah dengan kebobrokan UMNO tetapi tidak mahu membantah secara terus terang.

 Sehubungan itu mereka patut diberi sokongan dan kepercayaan agar meninggalkan UMNO yang tidak mahu lagi berubah dan tidak mahu lagi mendengar syor-syor dan saranan mereka supaya kembali keperjuangan asal iaitu mentadbir kuasa yang diberi dengan amanah dan adil kepada semua rakyat tidak kira berlainan fahaman politik mahupun bangsa dan agama.

Pakatan Rakyat atau sesiapa saja yang ingin mendapat sokongan di Johor mestilah mengetahui faktor dalaman ini. Statik politik pula menggambarkan dari sejumlah penduduk Melayu Johor, 40% telah menyokong kebangkitan Pakatan Rakyat. 20 % diatas pagar yang meletakkan diri sebagai orang yang berkecuali tetapi naluri mereka cenderung kepada kebajikan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. 30% adalah penyokong UMNO tegar dan 10% adalah kelompok dungu atau buta politik. Meskipun pola pemikiran kelihatan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat, tanpa usaha yang gigih dan berterusan menyampaikan kebenaran dan kebajikan di Johor boleh mengakibatkan keputusan pilihanraya tidak akan menyebelahi Pakatan Rakyat. 

Pakatan Rakyat mesti bersedia dan terus berusaha menggerakkan sayap penyokong bukan Melayunya yang terdiri dari kaum Cina yang banyak dan cenderung kepada perjuangan DAP. Mengikut analisa rambang penganalisis politik, usaha Datuk Dr Chua Jui Meng mesti diteruskan dalam memberi penjelasan terhadap penipuan UMNO kepada MCA di Johor. UMNO juga mengelirukan orang Cina Johor dengan isu-isu agama Islam dengan tujuan orang Cina tidak terpengaruh dengan perjuangan kebajikan berpanduan agama oleh PAS. Padahal, melalui dasar agama, kebajikan dan keadilan kemanusiaan adalah terserlah. 

Jika arus perubahan dan paradigma minda orang Cina Johor berterusan mendapat sambutan, ditambah dengan usaha bersama semua dalam Pakatan Rakyat maka rahsia pengundi bukan Melayu yang sebenarnya menjadi pendeposit tetap kemenangan UMNO di Johor akan terbongkar. Pakatan Rakyat akan menang mudah jika berjaya menangani hati pengundi bukan Melayu Johor dengan jujur , amanah dan prihatin.

Ada satu lagi kelompok tegar UMNO Johor iaitu pemuda yang kurang berpelajaran, cetek minda dan berterusan tersuap dengan RM meskipun nilainya amat sedikit. Mereka kelihatan dididik oleh UMNO dengan baja samseng dan ini sebenarnya akan menjadi pembantu kemenangan dan berluasnya pengaruh kebajikan yang disukai orang dari segi fitrah kemanuasiaan iaitu yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mesti terus bersabar menghadapi segala provokasi jahat yang akhirnya UMNO akan terus dibenci dengan perlakuan kurang ajar para samseng mereka. Pemimpin UMNO yang mendalangi mereka akan tersungkur dengan sendirinya apabila rakyat menolak penyelewengan dan budaya samseng yang mereka budayakan.

 Akhir sekali Tun Sheikh ingin menyeru kapada diri sendiri dan kepada semua ; Marilah kita kembali kepada jalan keredhaan Allah kerana Allah menjanjikan limpah rahmatnya tidak kira kepada bangsa dan agama apa,  bermula di situ!!

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Batu Layar Pengerang , 25.12.2012

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Minda Politik
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere